Persepsi Pensyarah Terhadap Penyelidikan: Satu Kajian di Kias, Kuis dan UniSHAMS

Authors

  • Marina Muhammad Razaki Sultan Ismail Petra International Islamic College (KIAS)
  • Linamalini Mat Nafi Sultan Ismail Petra International Islamic College (KIAS)
  • Khairulnazrin Nasir Sultan Ismail Petra International Islamic College (KIAS)

Keywords:

Persepsi, Faktor Penglibatan, Penyelidikan, Pensyarah

Abstract

Pengajaran dan penyelidikan ialah dua syarat utama dalam kerjaya sebagai pensyarah di institusi pengajian tinggi. Kajian ini mengkaji penglibatan pensyarah dalam penyelidikan di tiga buah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Malaysia. IPTS yang terlibat dengan kajian ini ialah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Universiti Sultan Abdul Halim Shah (UniSHAMS). Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi pensyarah terhadap faktor penglibatan dalam menjalankan penyelidikan. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif menerusi kaedah tinjauan. Soal selidik digunakan bagi mengumpul data kajian. Instrumen soal selidik mengandungi dua bahagian iaitu bahagian A (Latar Belakang Responden) dan bahagian B (Faktor Penglibatan). Faktor penglibatan ini dikategorikan kepada lima faktor iaitu beban tugas, fasiliti atau infrastruktur, kemahiran, pengetahuan dan sumber kewangan. Sampel kajian terdiri daripada 239 orang pensyarah di ketiga-tiga buah IPTS tersebut. Hasil kajian ini mendapati bahawa persepsi pensyarah terhadap faktor penglibatan menjalankan penyelidikan berada pada tahap tinggi. Kesimpulannya, dapatan penyelidikan ini mampu memberi impak yang positif dalam dunia penyelidikan khususnya di ketiga-tiga institusi yang terlibat.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2020-11-09

How to Cite

Muhammad Razaki, M., Mat Nafi, L., & Nasir, K. (2020). Persepsi Pensyarah Terhadap Penyelidikan: Satu Kajian di Kias, Kuis dan UniSHAMS. RABBANICA - Journal of Revealed Knowledge, 1(1), 49 - 66. Retrieved from http://ejournals.kias.edu.my/index.php/rabbanica/article/view/8

Most read articles by the same author(s)