Kepentingan Pengambilan Sarapan dalam Meningkatkan Fokus Pelajar di Sekolah
The Importance of Breakfast in Enhancing Students' Focus at School
Keywords:
Food, Breakfast, School, Focus, Islam, Makanan, Sarapan, Fokus, SekolahAbstract
One of the critical components in improving students' focus at school is a healthy breakfast. Students who skip breakfast will become hungry, which can disrupt their learning. Islam, as a complete faith, emphasises eating healthy meals. From an Islamic perspective, this article will suggest eating a healthy breakfast to improve students' focus in the classroom. Research on the association between eating breakfast and students' attention span has received much attention. However, studies on the relationship between eating a nutritious breakfast and being attentive while studying according to Islamic principles are still insufficient. This study adopted a qualitative methodology using library research, and information was acquired through books, documents, and journal articles from earlier research. The definition, concept, and required materials of the foods, breakfast, Islamic principle, and focus were elaborated by descriptive analysis of the content, and they were gathered following the topic. The results demonstrate that eating a healthy breakfast, a combination of carbohydrates, proteins and vegetables, does help students focus better in class. Furthermore, it has been shown that eating healthy foods, as mentioned in the Quran and Hadith, improves students' quality of life. In conclusion, this information can be used as a benchmark by the relevant party to boost student achievement.
Makanan yang berkhasiat mampu memberikan tenaga dan meningkatkan tumpuan di dalam kelas. Sarapan yang berkhasiat merupakan satu elemen penting dalam membantu meningkatkan fokus pelajar di sekolah. Tidak mengambil sarapan akan membuatkan pelajar kelaparan dan akan mengganggu proses pembelajaran. Islam sebagai agama yang syumul juga menekankan pengambilan makanan yang berkhasiat. Artikel ini akan membincangkan pandangan Islam dalam pengambilan sarapan yang berkhasiat untuk meningkatkan fokus pelajar di dalam kelas. Terdapat banyak perbincangan yang berkaitan dengan kesan pengambilan sarapan ke atas fokus pelajar, namun masih terdapat kekurangan dalam menghubungkaitkan prinsip Islam dalam pengambilan makanan yang berkhasiat dengan tumpuan perhatian semasa menuntut ilmu. Kajian ini dijalankan menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah kepustakaan. Data-data dikumpul daripada kajian- kajian lepas dalam bentuk artikel ilmiah, dokumen dan buku-buku. Analisis kandungan data dijalankan dengan menggunakan kaedah deskriptif dengan menghuraikan definisi, konsep dan aspek-aspek yang berkaitan dengan pemakanan, sarapan, prinsip Islam dan fokus pembelajaran. Data-data perbincangan telah disusun mengikut tema yang telah ditetapkan. Dapatan kajian menunjukkan sarapan yang berkhasiat seperti kombinasi karbohidrat, protein dan sayur-sayuran sangat penting dalam membantu meningkatkan fokus pelajar di sekolah. Pengambilan makanan yang berkhasiat seperti diatas yang dianjurkan didalam al-Quran dan Hadis terbukti dapat meningkatkan kualiti hidup manusia termasuklah pelajar. Sebagai kesimpulan, data ini juga boleh digunakan sebagai panduan kepada pihak berkaitan dalam membantu meningkatkan kecemerlangan pelajar di sekolah.