Roh Manusia Menurut Perspektif Agama, Falsafah dan Budaya Dunia: Suatu Sorotan Literatur
Keywords:
Roh, Agama, Falsafah, BudayaAbstract
Struktur diri manusia terdiri daripada dua elemen utama, iaitu fizikal lahiriah dan batiniah. Domain perbahasan tentang roh menyentuh aspek dalaman yang ghaib dan bersifat subjektif. Perkara ini menarik minat dan fokus para sarjana untuk membahaskan tentang roh manusia daripada pelbagai sudut. Objektif penulisan makalah ini ialah untuk membahaskan tentang entiti roh manusia berdasarkan perspektif agama, falsafah dan budaya dunia dalam rangka sorotan kajian-kajian kesusasteraan. Kajian ini dijalankan berasaskan pendekatan kajian kualitatif. Data-data utama diperoleh daripada tesis, disertasi dan buku berkenaan. Hasil kajian mendapati bahawa kepercayaan dan perbahasan tentang roh manusia bukan bersifat eksklusif dalam kelompok tertentu, malah diperdebatkan dalam ruang ajaran dan kepercayaan agama, falsafah dan budaya dunia. Isu-isu yang dibangkitkan tentang roh adalah berhubung dengan aspek kewujudan, asal penciptaan, pengaruhnya kepada jasad, karakter roh dan keabadian roh selepas mati serta ritual pemujaan roh tertentu. Namun, kajian ini merumuskan bahawa masih terbuka lagi pelbagai ruang dan kelompangan dalam membahaskan tentang roh, khususnya daripada aspek budaya yang perlu ditampung dalam kajian-kajian mendatang.