Interaksi Sosial Terhadap Kanak-Kanak

Teori dan Aplikasi Nabawi Berdasarkan Hadis Yā Abā ʿUmayr

Authors

  • Muhammad Saifullah Mamat University of Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
  • Khairulnazrin Nasir Sultan Ismail Petra International Islamic College (KIAS)
  • Rahim Kamarul Zaman Sultan Ismail Petra International Islamic College (KIAS)

Keywords:

Interaksi Sosial, Kanak-kanak, Aplikasi, Hadis Nabawi

Abstract

Perkembangan sosial kanak-kanak bermula sejak bayi lagi. Mereka belajar berhubung dengan orang lain mengikut cara yang telah didedahkan oleh budaya setempat. Mereka meniru segala tingkah laku yang dilakukan oleh ibu bapa dan masyarakat tanpa membuat penilaian mengenai sesuatu tingkah laku samada bersesuaian atau tidak untuk diamalkan. Perkembangan sosial terdiri daripada kemahiran berinteraksi dengan orang lain, pembentukan identiti kendiri, penghargaan kendiri dan kawalan kendiri. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis pengajaran hadis ‘Yā Abā ʿUmayr’ agar dapat diambil serta diaplikasikan oleh ibu bapa dan masyarakat sebagai panduan untuk mendidik anak-anak. Kajian ini menggunakan kaedah deduktif untuk menghubungkaitkan hadis dengan teori serta pengaplikasiannya. Kajian menggabungkan teknik penulisan secara deskriptif bagi memberi penjelasan mengenai maksud interaksi sosial kanak-kanak dan masyarakat yang diajarkan oleh baginda Nabi SAW Secara keseluruhannya, terdapat sembilan pengajaran yang dapat diambil hasil daripada penelitian yang dilakukan terhadap hadis tersebut iaitu pemuliaan kanak-kanak, akomodasi pengetahuan, kecindan, perapatan, dan lain-lain lagi. Erikson (1968) mengatakan pendidikan awal kanak-kanak akan melalui lapan peringkat perkembangan, setiap peringkat perkembangan akan mempengaruhi perkembangan seorang itu untuk berjaya di masa depan. Oleh itu, ibu bapa dan masyarakat perlu menyedari hakikat pendidikan peringkat awal kanak-kanak merupakan salah satu proses kemenjadian manusia yang bitara.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2020-11-09

How to Cite

Mamat, M. S., Nasir, K., & Kamarul Zaman, R. (2020). Interaksi Sosial Terhadap Kanak-Kanak: Teori dan Aplikasi Nabawi Berdasarkan Hadis Yā Abā ʿUmayr. RABBANICA - Journal of Revealed Knowledge, 1(1), 67 - 88. Retrieved from http://ejournals.kias.edu.my/index.php/rabbanica/article/view/9