Seni Perpindahan Harakat Tarannum: Kajian Terhadap Metodologi Pengajaran Ustaz Che Yahaya Daud
Keywords:
Perpindahan, Harakat, Tarannum, Che Yahaya Daud, DisplacementAbstract
Ilmu bacaan al-Quran perlu diterima melalui metode pengajian secara talaqqi dan mushafahah. Salah satu cabangnya ialah seni suara Tarannum. Proses pembelajarannya perlulah dipandu oleh guru dan pembimbing yang mahir, pakar dan berpengalaman supaya selari dengan saranan hadis Rasulullah SAW menyarankan supaya bacaan al-Quran dihiasi dengan suara-suara yang indah. Antara perkara yang sangat penting dalam ilmu Tarannum ialah aspek perpindahan harakat Tarannum. Demikian bukan sekadar berpindah daripada satu maqam ke maqam yang lain, malah memerlukan hasil perkiraan yang perlu dilakukan terhadap tahap suara dan bentuk alunan harakat sebelumnya. Susunan harakat Tarannum juga ibarat satu tali yang bersambung antara satu sama lain. Teknik ini memerlukan kepada kepakaran dan kesenian dalam mengolah alunan suara dan Tarannum supaya perpindahan yang dilakukan bersesuaian dengan suara, tabaqat dan bentuk ayat. Oleh itu, artikel ini membincangkan tentang sumbangan seorang pakar Tarannum terkenal di Malaysia iaitu Che Yahaya Daud dan metodologi yang diaplikasikan dalam pengajaran pengurusan suara Tarannum dalam membentuk harakat yang menarik dan fleksibel. Kajian ini ialah kajian tokoh dan metodologi yang digunakan adalah kaedah pemerhatian dan temu bual. Hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan suara dan alunan pada Tarannum dan harakat Bayyati adalah penentu kepada bentuk alunan suara pada alunan harakat Tarannum berikutnya. Kajian juga membuktikan bentuk bunyi kalimah al-Quran pada ayat juga mempengaruhi bentuk dan alunan harakat. Implikasinya, dapatan kajian ini mampu membantu para qari dalam proses perpindahan harakat seperti yang diaplikasikan oleh Che Yahaya Daud serta melahirkan qari yang mampu menzahirkan kemukjizatan ayat al-Quran dengan memaksimumkan aspek penggunaan suara Tarannum.
Kata Kunci: Perpindahan; Harakat; Tarannum; Che Yahaya Daud
The mastery of Quran recitation needs to be accepted through the talaqqi and mushafahah teaching methods. One of its branches is tarannum sound art. The learning process needs to be guided by skilled, expert, and experienced teachers and mentors so that it is in line with the thought of the hadith; Rasulullah SAW indicated the Quran reciting can be embellished with beautiful voices. Things that are very important in tarannum mastery is the tarannum harakat shift aspect. Thus, it is not just moving from one point to another, it even requires an estimation that needs to be made on the sound stage and form from the previous vowel strains. The composition of the tarannum harakat is also like a string that is connected. This technique requires expertise and art in processing the sound strains and tarannum so that the displacement is appropriate to the sound, tabaqat and form of the verse. Therefore, this article discusses the contribution of a well-known tarannum expert in Malaysia, namely Che Yahaya Daud and the methodology applied towards tarannum voice formation teaching in forming an attractive and flexible vowel. This is a character study and the methodology used here is observation and conversation methods. The results of the study show that the use of sounds and styles in tarannum and Bayyati harakat is the determinant to the rhythm at the next tarannum harakat the sound strains. The study also proves that the form of the sound in the Quran verse also affects the strains and rhythm of the harakat. The implication is that the results of this study can help reciters in the process of translating harakat as applied by Che Yahaya Daud and to produce reciters who can manifest the miracles of the verses in the Quran by maximizing the aspects of the tarannum voice usage.
Keywords: Displacement; Harakat; Tarannum; Che Yahaya Daud