Faktor- Faktor Muflis dalam Kalangan Belia di Malaysia
Keywords:
Belia, Muflis, Pengurusan Kewangan, Sikap, Youths, Bankruptcy, Financial Management, AttitudeAbstract
Kajian ini dilakukan untuk mengkaji tahap pengurusan kewangan golongan belia yang berusia 18 tahun hingga 30 tahun bagi mengetahui faktor-faktor yang menyebabkan mereka terjerumus dalam kancah muflis. Metodologi kajian yang digunakan adalah kaedah kuantitatif secara tinjauan menggunakan instrumen soal selidik. Data yang telah dikumpulkan adalah sebanyak 384 responden bagi kajian ini. Faktor-faktor muflis yang dikenal pasti adalah pengetahuan pengurusan kewangan, sikap terhadap wang, pengaruh persekitaran dan senario keberhutangan. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor senario keberhutangan menjadi faktor utama golongan belia muflis. Keputusan kajian juga menunjukkan asbab faktor itu terjadi kerana sikap mereka terhadap wang serta cara menguruskan kewangan mereka. Implikasi kajian menunjukkan bahawa bagaimana cara belia mengawal dan menguruskan kewangan mereka walaupun mempunyai tahap pendidikan yang tinggi tidak menjamin mereka mampu menguruskan wang dengan baik malah berlaku sebaliknya.
Kata kunci: Belia; Muflis; Pengurusan Kewangan; Sikap
This study was conducted to examine the level of financial management of youths aged 18 to 30 years and find out the factors that cause the youths to fall into bankruptcy. The research methodology used in this research is a quantitative survey method using a questionnaire instrument. Data on 384 respondents have been collected for this study. The factors of bankruptcy as identified were the knowledge of financial management, attitude towards money, environmental influences and indebtedness scenarios. The results from the study have determined that the factor for indebtedness scenario is the main factor for bankruptcy. The results show that the main factor is their attitude toward money and how they manage their finances. The implications of this study have shown how youths control and manage their finances despite having a high level of education as it does not guarantee they can manage their money well because, through the study, the opposite happens.
Keywords: Youths; Bankruptcy; Financial Management; Attitude