Mak Nyah dan Perkembangannya di Malaysia
Keywords:
Gender, Mak Nyah, LGBT, TransgenderismeAbstract
Mak nyah merujuk kepada seseorang yang tidak menginginkan kepada pengesahan jantina melalui intervensi perubatan atau seseorang yang menganggap bahawa mereka terjatuh antara dua jantina. Golongan ini pada permulaannya adalah bersifat individu dan dikategorikan sebagai penyakit psikologi. Namun, pada akhir-akhir ini, telah berlaku anjakan paradigma dalam kalangan golongan ini sehingga membentuk organisasi dan ideologi tersendiri di Malaysia. Oleh yang demikian, objektif kajian ini adalah untuk menelusuri perkembangan golongan mak nyah di Malaysia bermula daripada permulaannya sehingga membentuk ideologi dan organisasi yang tersendiri. Kajian ini juga akan meneliti aktiviti-aktiviti yang dilakukan serta tuntutan-tuntutan yang diminta oleh gerakan mak nyah ini. Kajian ini mengaplikasikan metodologi kualitatif melalui kajian kepustakaan dan analisis dokumen. Hasil kajian mendapati, berlaku perkembangan yang ketara terhadap jumlah golongan mak nyah di Malaysia. Perkembangan ini juga turut dipengaruhi oleh organisasi mereka yang bergerak aktif menyebarkan ideologi dan menuntut hak-hak mereka dalam komuniti. Justeru, senario ini perlu diberi perhatian dan tindakan segera oleh pihak kerajaan bagi membasmi serta mengekang perkembangan golongan mak nyah di Malaysia.