Revolusi Hukum Islam Pascamodenisme: Analisis Terhadap Isu-Isu Gender

Authors

  • Muhammad Adam Abd. Azid Sultan Ismail Petra International Islamic College (KIAS)
  • Mohd Farhan Md Ariffin Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Mohd Anuar Ramli University of Malaya (UM)

Keywords:

Hukum Islam, Pascamodenisme, Fiqh Pascamodenisme, Gender

Abstract

Sejarah pembinaan hukum Islam melalui fasa turun naik. Bermula dari zaman Rasulullah SAW, hukum Islam terus bersifat dinamik memenuhi keperluan semasa umat Islam. Setelah fasa taqlid, hukum Islam mengalami proses tajdid untuk mengembalikan masyarakat Islam kepada aktiviti ijtihad. Hal ini demikian rentetan perubahan sosial yang diiringi perkembangan sains dan teknologi telah menyebabkan terdapat ketetapan dalam khazanah hukum Islam yang kurang sesuai. Begitu juga dengan timbul isu-isu baharu yang tiada jawapan khusus dalam perbendaharaan hukum. Selari dengan senario tersebut, timbulnya aliran baharu dalam tipologi aliran hukum Islam, iaitu aliran Fiqh Pascamodenisme. Aliran ini merujuk kepada aliran pemikiran hukum kontemporari yang mengguna pakai pendekatan semasa dalam menetapkan hukum fiqh. Golongan ini cenderung mengguna pakai pendekatan pascamodenisme dalam proses mentafsir semula nas hukum Islam. Hasilnya, pandangan mereka jelas amat berbeza dan bersifat radikal berbanding dengan pandangan ulama klasik mahupun kontemporari. Antara ahli dalam aliran ini termasuk Muhammad Syahrur, Fatima Mernissi, Ashghar Ali Engineer dan Amina Wadud. Kelompok ini tidak mengambil kira garis panduan dan kaedah Usul al-Fiqh dalam proses penetapan hukum, sebaliknya menggarap pendekatan dan teori baharu seperti teori batasan dan gerakan berganda. Sehubungan dengan itu, kajian ini mengambil pendekatan kualitatif yang melibatkan pengumpulan data melalui kajian kepustakaan. Data-data seterusnya dianalisis mengguna pakai kaedah induktif, deduktif, analisis kandungan dan tematik. Hasilnya, kertas kerja ini membincangkan wacana Fiqh Pascamodenisme dan kritikan terhadap hasil hukum baharu mereka dalam beberapa isu gender terpilih seperti poligami, pewarisan dan kesaksian wanita

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2020-11-09

How to Cite

Abd. Azid, M. A., Md Ariffin, M. F. ., & Ramli, M. A. (2020). Revolusi Hukum Islam Pascamodenisme: Analisis Terhadap Isu-Isu Gender. RABBANICA - Journal of Revealed Knowledge, 1(1), 173 - 194. Retrieved from http://ejournals.kias.edu.my/index.php/rabbanica/article/view/20