Hadith Tentang 10 Golongan Manusia dalam Kitab Jawi Jawahir: Analisis Riwayah dan Dirayah
Keywords:
Kitab Jawi, Takhrij al-Hadith, Riwayah dan Dirayah, Golongan Manusia, al-Jawahir dan al-SumbawiAbstract
Kitab Al-Yawāqīt wa al-Jawāhir fī ‘Uqūbah Ahl al-Kabā’ir karya al-Sumbāwī merupakan satu-satunya kitab Jawi tematik yang mengetengahkan hadith-hadith al-targḥib wa al-tarhīb berkenaan dengan golongan manusia. Keseluruhan hadith disemak, dinilai semula dan ditakhrij untuk mengenalpasti status hadith sama ada ṣaḥīḥ, ḥasan, ḍa‘īf atau mawḍū‘. Dengan menggunakan pendekatan analisis induktif dan deduktif, penelitian dan analisis dilakukan terhadap hadith tentang golongan manusia dari sudut riwayah dan dirayah. Dapatan kajian mendapati bahawa hadith tentang golongan manusia mengandungi pelbagai status dan turut mengandungi hadith yang dibentuk berdasarkan kepada kefahaman pengarang kitab. Selain itu, al-Sumbawi mengetengahkan sepuluh [10] golongan manusia selaku pengamal dosa besar yang bercanggah dengan hadith-hadith ṣaḥīḥ yang diriwayatkan dalam kitab-kitab hadith muktabar. Seterusnya, makalah ini membincangkan tentang konsep hadith al-targḥib wa al-tarhīb, sifat hadith yang menyebutkan tentang hari Kiamat dan keperluan untuk sentiasa beringat supaya menghindarkan diri dari neraka dan mengharapkan rahmat Allah supaya dimasukkan ke dalam syurga.