Integrasi Pendidikan Tingkah Laku Anak Menurut Luqman Dan Ulwan Najati
Integration Children Behavioral Education According To Luqman And Ulwan Najati
Keywords:
Method education behavior, Family, Kaedah pendidikan tingkah laku, Keluarga, Nasih Ulwan, Utsman NajatiAbstract
The formation of commendable attitudes, behavior and morals needs to be cultivated from an early age by the people who are closest to the children. Parents, families, guardians and teachers are responsible for educating and shaping children's behavior, because of the closeness factor and the strongest influence on children. Therefore, this study aims to describe the main methods of education, teaching and learning behaviour towards the formation of commendable values and morals towards children. The approach is discussed from the perspective of famous scholars Abdullah Nasih ‘Ulwan and Muhammad Utsman Najati. This study applies a qualitative research approach with the theme of literature review. Data is obtained from scientific articles and books. The method of content analysis by synthesis is applied to the education method of Abdullah Nasih ‘Ulwan from his work Tarbiyat al-Awlad fi al-Islam and the learning method of Muhammad Uthman Najati from his work Al-Qur'an wa ‘Ilm An Nafs and al-Hadith al-Nabawi wa Ilm an-Nafs as well as from surah Luqman in the al-Quran to discuss value education in behaviour. The results of the study found that the education method in Surah Luqman, Abdullah Nasih ‘Ulwan and the psychological learning method of Muhammad Ustman Najati can be integrated to form a simple and practical behavioural education for parents and guardians. The implication is that the method is seen to be very effective in treating children in line with Islamic Shari'a because it is based on the teachings of the Quran and Hadith, and is even streamlined with the views of contemporary Islamic scholars that are in line with the reality of today.
Pembentukan sikap, perangai, tingkah laku dan akhlak terpuji perlu ditanam sejak dari kecil lagi oleh orang-orang yang paling dekat dengan anak-anak. Ibu bapa, keluarga, penjaga dan guru merupakan pihak yang bertanggungjawab untuk mendidik dan membentuk tingkah laku anak-anak, kerana faktor keakraban dan kekuatan pengaruh terhadap anak-anak. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menghuraikan kaedah-kaedah utama pendidikan, pengajaran dan pembelajaran bagi tingkah laku ke arah pembentukan nilai dan akhlak terpuji terhadap anak-anak. Pendekatan tersebut dibincangkan dari perspektif sarjana terkenal, Abdullah Nasih ‘Ulwan dan Muhammad Utsman Najati. Kajian ini mengaplikasikan pendekatan kajian secara kualitatif yang bertemakan kajian kepustakaan. Data diperoleh daripada artikel ilmiah dan buku-buku. Kaedah analisis kandungan secara sintesis diaplikasikan terhadap kaedah pendidikan Abdullah Nasih ‘Ulwan dari karyanya Tarbiyat al-Awlad fi al-Islam dan kaedah pembelajaran Muhammad Utsman Najati dari karyanya Al-Qur'an wa ‘Ilm An Nafs dan al-Hadis al-Nabawi wa Ilm an-Nafs serta surah Luqman dalam al-Quran bagi membincangkan pendidikan nilai dalam tingkah laku. Hasil kajian mendapati bahawa kaedah pendidikan dalam surah Luqman, Abdullah Nasih ‘Ulwan dan kaedah pembelajaran psikologi Muhammad Ustman Najati boleh disepadukan untuk membentuk satu kaedah pendidikan tingkah laku yang mudah dan praktikal bagi ibu bapa dan penjaga. Implikasinya, kaedah dilihat sangat berkesan dalam menyantuni anak-anak sejajar dengan syariat Islam kerana ianya bertitik tolak dari ajaran al-Quran dan Hadis, malah diperkemaskan lagi dengan pandangan tokoh ilmuan Islam kontemporari yang sesuai dengan keadaan realiti pada hari ini.