Penghayatan Prinsip Ubudiyyah, Mas’uliyyah dan Itqan dalam Kalangan Wanita Berkerjaya di Kelantan: Satu Penilaian
The Acknowledge of The Principle of Ubudiyyah, Mas'uliyyah And Itqan Among Career Women in Kelantan: An Assessment
Keywords:
Prinsip; Ubudiyyah Mas’uliyyah dan Itqan, Wanita Berkerjaya; Kelantan, The Principle of Ubudiyyah; Mas’uliyyah and Itqan, Women Career; KelantanAbstract
Prinsip Ubudiyyah, Mas’uliyyah dan Itqan merupakan agenda Kerajaan Negeri Kelantan di bawah dasar Membangun Bersama Islam (MBI). Tiga prinsip ini juga menjadi satu paksi kepada setiap agensi yang bernaung di bawah Kerajaan Negeri Kelantan. Oleh itu kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan prinsip Ubudiyyah, Mas’uliyyah dan Itqan terhadap wanita berkerjaya di Kelantan. Penyelidikan berbentuk kualitatif ini menggunakan pendekatan kepustakaan dan kajian kes. Data didapati secara soal selidik dengan mengambil kira kekerapan dan peratusan responden. Hasil kajian ini mendapati bahawa kebanyakan wanita berkerjaya meletakkan prinsip Ubudiyyah, Mas’uliyyah dan Itqan sebagai paksi dalam bidang mereka. Malahan prinsip ini turut membantu mereka lebih berdisiplin, berdedikasi, tekun dalam melaksanakan tugas. Seterusnya menyedari akan hakikat bekerja merupakan ibadah kepada Allah SWT serta mampu membahagikan masa dengan lebih baik untuk urusan rumahtangga. Sebagai kesimpulan, kajian ini mendapati penghayatan prinsip Ubudiyyah, Mas’uliyyah dan Itqan dalam kalangan wanita berkerjaya di negeri Kelantan berjaya meningkatkan prestasi kerjaya sebagaimana aspirasi MBI.
The principle of Ubudiyyah, Mas'uliyyah and Itqan is the agenda of the Kelantan State Government governed by the Kelantan Membangun Bersama Islam Policy (MBI). These three principles also become an axis for every agency under the Kelantan State Government. Hence, this study aims to evaluate the implementation of the principles of Ubudiyyah, Mas'uliyyah and Itqan towards working women in Kelantan. This research uses a qualitative approach in terms of literature and case studies. Data is obtained through a questionnaire by taking into account the frequency and percentage of respondents. The results of this finding found that most working women put the principles of Ubudiyyah, Mas'uliyyah and Itqan as axes in their field. This principle also helps them to be more disciplined, dedicated and diligent in performing tasks. Afterwards, realizing the fact that work is worship to Allah SWT and was able to divide time better for household affairs. In conclusion, this study found that the obligement of the principles of Ubudiyyah, Mas'uliyyah and Itqan among working women in the state of Kelantan succeeded in improving career performance as aspired by MBI.