Kajian Kefahaman & Penghayatan Penjawat Awam di Kelantan Terhadap Prinsip UMI
Study of Understanding & Acknowlegde of Civil Servants in Kelantan Towards the Principle of UMI
Keywords:
Kefahaman, Penghayatan, Penjawat awam, 'Ubudiyyah, Mas'uliyyah, Itqan, Understanding, Acknowledge, Civil servantsAbstract
Islam telah meletakkan garis panduan terhadap wanita dalam berkerjaya agar tujuan dan maksud nilai hidup dapat dizahirkan dengan jelas. Sejajar dengan itu, Kerajaan Negeri Kelantan melalui model pentadbiran awam iaitu Membangun Bersama Islam (MBI) yang telah dilaksanakan sejak tahun 1990 hingga kini. Kerajaan Negeri Kelantan telah menerapkan prinsip UMI (‘Ubudiyyah, Mas’uliyyah, dan Itqan) sebagai satu garis panduan kepada pentadbiran agensi kerajaan. Kajian ini bertujuan untuk membincangkan tentang isu-isu wanita yang berkerjaya dalam Islam dan hubungannya dengan prinsip UMI. Penyelidikan ini menggunakan metode kualitatif secara kepustakaan. Data didapati dari bahan-bahan bercetak seperti jurnal, akhbar dan majalah dan juga diperoleh secara temubual terhadap pegawai penyelaras prinsip UMI di agensi yang terpilih serta tokoh atau penerima Anugerah Prestasi Cemerlang. Seramai lima responden telah dipilih dalam kalangan wanita yang berkerjaya dalam bidang pentadbiran dan pengurusan. Hasil kajian ini mendapati bahawa semua responden memahami prinsip UMI dan menjadikan prinsip UMI sebagai dasar dan tapak dalam dunia kerjaya mereka. Malah prinsip UMI banyak membantu mereka lebih berdisiplin, berdedikasi, tekun dalam melaksanakan gerak kerja. Seterusnya prinsip ini juga menjadikan wanita berkerjaya mampu membahagikan masa dengan baik antara kerjaya dan rumah tangga mereka. Sebagai kesimpulannya, jelaslah bahawa prinsip UMI memberi pendedahan dan panduan yang jelas kepada wanita berkerjaya di Kelantan.
The guidelines for career women in determining the meaning and goal of life have been apparent in Islam. Consequently, the State Government of Kelantan has been operating its agencies using “Membangun Bersama Islam (MBI)” since 1990 till now. The public administration model is based on Ubudiyyah, Mas’uliyyah and Itqan (UMI) principle. This study aims to discuss the issues faced by women in their career and how they relate to the principle of UMI. This research uses a qualitative approach and data were gathered through journals, newspapers, magazines as well as interviews with UMI’s coordinator from selected agencies and personalities or recipients of the Outstanding Performance Award. The five respondents selected for this study were civil servants from a variety of disciplines including management, and administration. Result from this study found out that the majority of career women understand the principle and base their professional lives on the principle of UMI. By putting this principle into practice, they become more conscientious, devoted and disciplined workers. Furthermore, this principle enables working women to effectively juggle their time between families and professions. In conclusion career women can clearly benefit from the UMI principle in maintaining a healthy work-life balance.