Kefahaman dan Persepsi Wanita Berkerjaya Terhadap Prinsip Ubudiyyah, Mas’uliyyah dan Itqan
Understanding and Perception of Women Career Towards The Principles of Ubudiyyah, Mas'uliyyah and Itqan
Keywords:
The principles of Ubudiyyah, Mas’uliyyah and Itqan, Women Career, Prinsip Ubudiyyah, Mas’uliyyah dan Itqan, Wanita BerkerjayaAbstract
The value of Rabbani manners in work and the code of ethics used by public nurses in Kelantan is based on the principles of Ubudiyyah, Mas’uliyyah, and Itqan. Thus, the purpose of the study is to evaluate how well-working women in Kelantan comprehend and apply the UMI (Ubudiyyah, Mas'uliyyah, and Itqan) principles in their daily lives. This study combined a qualitative literature review and a quantitative approach using a probe form. The results show that most working women in Kelantan know and understand the UMI principles as a guide in their work. In addition, the UMI principles help them carry out their tasks at work with more discipline, dedication, caliber, and diligence. In addition, this principle tells working women that working is an act of worship to Allah SWT and allows them to devote their time to their household affairs. Finally, the UMI principle is a clear reference and guide for most working women. This shows that the effort to popularize Building Together Islam has reached a high level of success, especially among women. However, to make the implementation of UMI principles more comprehensive and more user-friendly, there is still room for improvement. It is hoped that the study and recommendations will help the committee that has been appointed by the state government to improve the system and approach in applying understanding related to UMI in career. Indirectly helping Kelantan female civil servants get a comprehensive moral support system to carry out their dutie.
Nilai tatakelakuan Rabbani dalam kerjaya dan kod etika yang digunakan oleh penjawat awam negeri Kelantan adalah berdasarkan prinsip Ubudiyyah, Mas’uliyyah, dan Itqan. Oleh itu, penyelidikan ini bertujuan untuk menilai serta menganalisis kefahaman dan persepsi wanita berkerjaya di Kelantan tentang penerapan prinsip UMI (Ubudiyyah, Mas’uliyyah, dan Itqan) yang telah digunakan dalam pekerjaan mereka. Penyelidikan ini menggabungkan pendekatan kualitatif dengan kaedah kepustakaan dan temubual. Manakala kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik. Data kaji selidik dinilai dengan menggunakan versi statistik IBM SPSS 25. Hasilnya menunjukkan bahawa kebanyakan wanita yang bekerja di Kelantan menyedari kewujudan dan memahami prinsip UMI sebagai panduan dalam kehidupan kerjaya mereka. Selain itu, prinsip UMI membantu mereka melaksanakan tugas di tempat kerja dengan lebih berdisiplin, berdedikasi, berkaliber dan tekun. Di samping itu, prinsip ini memberitahu wanita yang bekerja bahawa bekerja adalah ibadah kepada Allah SWT dan membolehkan mereka membahagikan masa mereka dengan lebih baik untuk urusan rumahtangga mereka. Akhir sekali, prinsip UMI menjadi rujukan dan panduan yang jelas bagi kebanyakan wanita yang berkerjaya. Ini menunjukkan bahawa usaha untuk merakyatkan Membangun Bersama Islam telah mencapai peratusan yang tinggi, terutamanya dalam kalangan wanita. Walau bagaimanapun, untuk menjadikan pelaksanaan prinsip UMI lebih komprehensif dan lebih mudah diakses pengisiannya, masih ada ruang untuk diperbaiki. Diharapkan kajian dan cadangan yang diutarakan akan membantu jawatankuasa pelaksana yang dilantik oleh kerajaan negeri untuk menambahbaik sistem dan pendekatan dalam menerapkan kefahaman berkaitan UMI dalam kerjaya. Secara tidak langsung membantu penjawat awam wanita Kelantan mendapat sistem sokongan moral yang komprehensif untuk melaksanakan tugas mereka.