Kajian Evaluatif Terhadap Kepatuhan Fatwa dalam Program Cinta Ilmu di TV Alhijrah

Authors

  • Abdul Azib Hussain Ismail Petra International Islamic College (KIAS)
  • Mohd Kamil Ahmad Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

Keywords:

Kepatuhan Fatwa, Program TV AlHijrah, Institusi Fatwa, Kajian Evaluatif

Abstract

Kajian ini membincangkan penilaian terhadap kepatuhan fatwa dalam program Cinta Ilmu di TV AlHijrah antara tahun 2012 hingga 2015. Sumber kajian dirujuk daripada laporan tonton tapis Unit Penapisan Kandungan (UPK) dan video program sebanyak 805 episod melalui sistem Media Asset Management (MAM). Metode evaluasi dalam menganalisis data menggunakan CIPP Evaluation Model. Analisis evaluasi konteks mendapati matlamat program Cinta Ilmu adalah tercapai walaupun terdapat sedikit halangan dari sudut ketidakpatuhan fatwa. Analisis evaluasi input pula mendapati sebanyak 16 isu dikaitkan dengan pelanggaran terhadap syarat kebenaran khas berceramah dari Pejabat Mufti Wilayah oleh penceramah Fiqah Syariah musim pertama. Manakala analisis evaluasi proses pula mendapati gerak kerja suntingan program dan saringan penceramah berkelayakan adalah wajar serta berkesan dalam mengawal isu-isu sensitif berkaitan fatwa. Akhirnya analisis evaluasi produk mendapati tahap kepatuhan fatwa dalam program Cinta Ilmu adalah tinggi iaitu 97.26% dan hanya melibatkan dua isu sahaja yang berlawanan dengan fatwa arus perdana. Namun kes-kes yang berlaku dalam kajian ini tidak menjejaskan institusi fatwa dan kepercayaan masyarakat terhadap para ulama.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2020-11-09

How to Cite

Hussain, A. A., & Ahmad, M. K. (2020). Kajian Evaluatif Terhadap Kepatuhan Fatwa dalam Program Cinta Ilmu di TV Alhijrah. RABBANICA - Journal of Revealed Knowledge, 1(1), 89 - 106. Retrieved from http://ejournals.kias.edu.my/index.php/rabbanica/article/view/10