Pengistilahan Malaysia Sebagai Negara Islam Rasmi: Satu Diskusi

Authors

  • Mohd Azhar Abdullah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)
  • Muhammad Amiri Abdul Ghani Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)

Keywords:

Istilah, Negara Islam, Rasmi, Perlembagaan

Abstract

Istilah negara Islam hakiki bagi negara-negara Islam moden atau “nation state” sukar dibuktikan secara ideal. Walaupun perundangan Islam, kuasa eksekutif di tangan orang Islam dan majoriti warganegara umat Islam, namun isu implementasi nilai Islam dalam kebanyakan negara tidak komprehensif dan sering dipertikaikan, terutama negara-negara Islam yang pernah dijajah seperti Malaysia, Pakistan dan Brunei. Dalam masa yang sama, aliran-aliran sekularisme dibenarkan bergerak secara sah melalui persatuan, institusi dan organisasi memberikan mereka ruang dan peluang untuk menggugat kedudukan Islam dalam sesebuah negara. Penulisan kualitatif ini menggunakan metodologi analisis kandungan (content analysis) menganalisis istilah-istilah negara Islam yang terpilih daripada fuqahā’ silam dan semasa. Ia satu pendekatan paling mudah, tapi berkesan bagi memberikan gambaran umum tentang negara Islam, sekali gus menangkis gerakan-gerakan yang berusaha menafikan Malaysia sebagai negara Islam. Bagi mengelakkan perdebatan tanpa noktah dengan golongan ekstrem, penulis mempopularkan istilah akademik bagi negara-negara Islam berdasarkan kelayakan-kelayakan yang dirumuskan daripada istilah-istilah negara Islam kepada negara Islam rasmi, hukmī, nisbī atau tārīkhī. Dalam memperkukuhkan kajian ini, penulis menjadikan negara Malaysia sebagai landasan teori disebabkan ciri-ciri negara Islam amat sepadan dengannya.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2021-11-17

How to Cite

Abdullah, M. A., & Abdul Ghani, M. A. (2021). Pengistilahan Malaysia Sebagai Negara Islam Rasmi: Satu Diskusi. RABBANICA - Journal of Revealed Knowledge, 2(2), 113 - 136. Retrieved from https://ejournals.kias.edu.my/index.php/rabbanica/article/view/196