Kajian Terhadap Kepercayaan Masyarakat Terhadap Institusi Pengurusan Waqaf di Malaysia

Authors

  • Suraini Saufi Kolej Islam Antarabangsa Suntal Ismail Petra (KIAS)
  • Nurul Akma Mohamed Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)
  • Mujiburrahman Saleh Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)
  • Hamidi Abdul Ghani Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)
  • Sabree Noor Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)

Keywords:

Perspektif, Wakaf, Kepercayaan

Abstract

Isu kepercayaan masyarakat terhadap institusi agama seperti institusi pengurusan wakaf masih lagi didebatkan. Ini adalah kerana institusi pengurusan wakaf memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi umat Islam. Di Malaysia, pengurusan dan pentadbiran harta wakaf diuruskan di bawah Majlis Agama Islam Negeri (MAIN). Walaupun berlakunya peningkatan dalam amalan berwakaf seperti wakaf tanah, wakaf tunai, hotel wakaf, saham wakaf, hospital wakaf dan universiti wakaf, ekonomi umat Islam di Malaysia masih lagi tidak mencapai tahap yang membanggakan. Sehubungan dengan itu, tahap kepercayaan masyarakat terhadap institusi ini perlu dikaji untuk melihat dengan lebih jelas tanggapan ini di kalangan masyarakat. Metodologi kajian yang digunakan adalah berdasarkan kaedah kuantitatif berbentuk deskriptif. Borang soal selidik telah diedarkan di kalangan masyarakat Malaysia di mana sebanyak 518 data telah diperolehi dan dianalisis dengan melihat kepada skor Min. Hasil kajian mendapati bahawa tahap kepercayaan masyarakat Malaysia ke atas konsep wakaf adalah pada tahap memuaskan. Diharapkan dapatan dari kajian boleh menjadi rujukan ramai pihak dalam membantu meningkatkan lagi kredibiliti, imej dan pembangunan institusi wakaf pada masa hadapan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2021-11-17

How to Cite

Saufi, S., Mohamed, N. A., Saleh, M., Abdul Ghani, H., & Noor, S. (2021). Kajian Terhadap Kepercayaan Masyarakat Terhadap Institusi Pengurusan Waqaf di Malaysia. RABBANICA - Journal of Revealed Knowledge, 2(2), 83 - 96. Retrieved from https://ejournals.kias.edu.my/index.php/rabbanica/article/view/193