Kepentingan Patuh Syariah dalam Keperluan Pengurusan Kewangan
Keywords:
Kepentingan, Patuh, Syariah, Keperluan, Pengurusan KewanganAbstract
Pengurusan kewangan Islam merupakan satu sistem kewangan yang tentunya berteraskan sistem patuh syariah. Kepatuhan pada syariah ini merupakan satu keperluan kepada manusia untuk menguruskan hal ehwal kewangan dalam kehidupan seharian. Sistem patuh syariah dianggap dapat menjaga kesejahteraan kewangan manusia secara berhemah. Justeru, artikel ini akan membicara dan membentangkan tentang keperluan kehendak manusia untuk patuh kepada sistem kewangan patuh Syariah demi kemaslahatan hidup mereka. Artikel ini juga akan mengupas tentang kepentingan patuh syariah yang menjadi teras dalam pengurusan kewangan Islam. Objektif penulisan artikel ini adalah membentangkan ciri-ciri dalam pengurusan kewangan, dan kepentingan sistem patuh syariah yang menjadi dasar dalam urusan pengurusan kewangan, di samping melihat keperluan manusia kepada sistem tersebut. Kajian artikel ini adalah kajian kualitatif yang merujuk pada data dari buku-buku, artikel-artikel dan bahan dokumentasi yang berautoriti. Bahan-bahan dokumen ini menjadi rujukan teras artikel dalam kupasan tentang prinsip patuh syariah muamalat dan keperluannya dalam kehidupan manusia. Hasil kajian artikel dapat merumuskan bahawa pengurusan kewangan Islam yang diamalkan oleh pengamalnya adalah dapat memenuhi keperluan hidup yang sejahtera, dan ia ternyata adalah berlandaskan pada sistem patuh syariah yang sebenar.