Budaya Pemakaian dan Pemakanan Masyarakat Cina Buddha di Malaysia: Suatu Analisis

Authors

  • Shukri Yahya Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)
  • Nasron Yaacob Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)

Keywords:

Buddha;, Budaya Cina, Pemakaian, Pemakanan

Abstract

Agama Buddha menjadi anutan majoriti kaum Cina di semenanjung Malaysia. Ajarannya banyak menekankan aspek hubungan sosial yang mempengaruhi adat resam dan budaya kaum Cina. Antara adat yang popular adalah perihal pemakaian dan pemakanan mereka yang mengandungi pelbagai kefahaman, format dan amalan yang menjadi budaya hidup. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap kefahaman dan pengamalan penganut Buddha berbangsa Cina di semenanjung Malaysia terhadap budaya pemakaian dan pemakanan mereka. Kajian adalah berbentuk kuantitatif dan tinjauan yang akan menggunakan set soal selidik sebagai instrumen untuk mendapatkan data. Sampel seramai 380 orang responden telah dipilih dengan menggunakan kaedah pensampelan bertujuan (purposive sampling) dalam kalangan penganut Buddha berbangsa Cina. Zon kajian di semenanjung Malaysia yang dipilih ialah Kelantan, Kedah dan Johor. Secara keseluruhannya, kajian mendapati tahap kefahaman dan pengamalan penganut Buddha berbangsa Cina di semenanjung Malaysia terhadap budaya pemakaian adalah dengan skor min 3.28 dan 4.06. Manakala aspek pemakanan mencatatkan skor min 3.38 dan 4.06. Dapatan kajian menunjukkan ajaran agama Buddha tidak mempengaruhi budaya pemakaian dan pemakanan bangsa Cina di Malaysia kerana mereka lebih cenderung dengan pengamalan nilai adat dan budaya bangsa.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2020-11-09

How to Cite

Yahya, S., & Yaacob, N. (2020). Budaya Pemakaian dan Pemakanan Masyarakat Cina Buddha di Malaysia: Suatu Analisis. RABBANICA - Journal of Revealed Knowledge, 1(1), 155 - 172. Retrieved from https://ejournals.kias.edu.my/index.php/rabbanica/article/view/18