Analisis Terhadap Penulisan Ibn Isḥāq dalam Kitab Al-Sīrah Al-Nabawiyyah
Keywords:
Analisis, Ibn Isḥāq, Sirah NabawiyyahAbstract
Ibn Isḥāq adalah seorang tokoh ilmuan yang tersohor dengan penulisan sirah Nabi SAW. Karyanya telah menjadi rujukan sirah bagi para ilmuan yang datang selepas zamannya. Namun karyanya juga tetap tidak terlepas daripada kritikan sebagaimana karya-karya lain. Maka objektif kajian ini ialah mengenal pasti kedudukan karya Sīrah Ibn Isḥāq dan pandangan para ilmuan Islam terhadapnya. Kajian ini turut menganalisis tahap autoritatif karya ini dalam bidang sirah. Kajian kualitatif ini menggunakan metode pemerhatian terhadap dokumentasi yang berkaitan dengan Sīrah Ibn Isḥāq. Hasil kajian mendapati bahawa Sīrah Ibn Isḥāq tidak terkecuali daripada sebarang kekurangan yang diajukan oleh para ilmuan Islam. Kekurangannya terutama dalam kaedah periwayatan hadis berkaitan sirah boleh diperbaiki oleh kajian-kajian baharu selepas ini. Namun keberadaannya dalam bidang keilmuan Islam masih memberikan manfaat ilmiah yang sesuai. Karya tersebut telah berjasa dalam membekalkan maklumat dan memperkenalkan langkah pertama penulisan ilmu sirah Nabi SAW. Implikasi dari kajian ini menjelaskan bahawa rujukan bidang sirah kepada Sīrah Ibn Isḥāq bukanlah suatu rujukan muktamad kerana kaedah periwayatannya yang boleh dipertikaikan. Justeru sirah berasaskan riwayat hadis sahih perlu diutamakan jika terdapat percanggahan dengan periwayatan Sīrah Ibn Isḥāq.