Pengawasan Hisbah Terhadap Aktiviti Pengurusan Perniagaan

Authors

  • Hamidi Abdul Ghani Sultan Ismail Petra International Islamic University College (KIAS)
  • Nasron Yaacob Sultan Ismail Petra International Islamic University College (KIAS)

Keywords:

Pengawasan, Hisbah, Aktiviti, Pengurusan, Perniagaan, Supervision, Activity, Management, Business

Abstract

Artikel membahaskan tentang pengawasan hisbah terhadap aktiviti dan kegiatan dalam pengurusan perniagaan. Pengurusan perniagaan biasanya adalah bermatlamatkan keuntungan material, tanpa menitikberatkan soal halal dan haram yang hanya boleh ditentukan melalui tugasan hisbah oleh pihak berwajib. Oleh yang demikian, objektif kajian adalah mendedah dan mengupas tentang pengawasan dan pemeriksaan yang akan dipantau menurut skop hisbah, untuk memastikan pengurusan perniagaan yang dilangsungkan adalah tidak menyalahi batas syarak. Kajian ini adalah kajian berbentuk kualitatif, mendapatkan data-data berkaitan hisbah dan pengawasannya terhadap aktiviti pengurusan perniagaan daripada sumber dokumentasi dalam bentuk buku, artikel dan seumpamanya. Dapatan kajian mendapati bahawa hisbah memiliki skop pengawasannya yang tersendiri dalam menentukan keharusan aktiviti pengurusan perniagaan yang dijalankan. Pengawasan tersebut membabitkan aspek-aspek seperti unsur penipuan perniagaan, riba, monopoli barang, kehalalan dan manfaat barangan, paksaan dalam perniagaan, penetapan harga, dan penutupan perniagaan untuk solat Jumaat. Maklumat seumpama ini dan usaha penerapannya adalah perlu dibudayakan dalam pengurusan perniagaan masyarakat demi kesejahteraan bersama.

Kata Kunci: Pengawasan; Hisbah; Aktiviti; Pengurusan; Perniagaan

 

The article discusses the administration of hisbah on activities and developments in business management. Business management is usually aimed at material profit, without underlining the issue of halal and haram which can only be determined through the intention of hisbah by the authorities. Therefore, the objective of the study is to reveal and analyse on the managing and checking which will be monitored according to the scope of hisbah, to ensure that the management of the business is not contravene to Islamic law. This study is a qualitative study, obtaining data related to hisbah and its monitoring on business management activities from documentation sources such as books, articles, and others. The findings of the study discovered that hisbah has its own scope of supervision in determining the necessity of business management activities carried out. Such monitoring deals with elements of business fraud, usury, monopoly of goods, legality and benefits of goods, coercion in business, pricing, and closure of business for Friday prayers. This information and its application need to be cultivated in the community business management for the mutual benefit.

Keywords: Supervision; Hisbah; Activity; Management; Business

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2022-05-17

How to Cite

Abdul Ghani, H., & Yaacob, N. (2022). Pengawasan Hisbah Terhadap Aktiviti Pengurusan Perniagaan. RABBANICA - Journal of Revealed Knowledge, 3(1), 119 - 140. Retrieved from http://ejournals.kias.edu.my/index.php/rabbanica/article/view/221