Pemerkasaan Lambang Kenegaraan Malaysia Sebagai Pemangkin Patriotisme dalam Kalangan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Semenanjung Malaysia

Authors

  • Ayu Nor Azilah Mohamad Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
  • Mohamed Ali Haniffa Universiti Utara Malaysia
  • Wayu Nor Asikin Mohamad Kolej Universiti Bestari

Keywords:

Lambang-lambang, Kenegaraan, Patriotisme, Malaysia

Abstract

Artikel ini membincangkan tentang langkah-langkah pemerkasaan lambang-lambang kenegaraan Malaysia sebagai medium pemangkin patriotisme dalam kalangan warga Malaysia. Lambang-lambang kenegaraan Malaysia ini meliputi lima perkara iaitu Jata Negara, Lagu Negaraku, Bendera Kebangsaan, Bunga Kebangsaan dan Bahasa Kebangsaan. Pemilihan kelima-lima lambang kenegaraan Malaysia ini mempunyai sejarah yang tersendiri. Artikel ini menggunakan metodologi kaedah kualitatif dan kuantitatif untuk mendapatkan data daripada responden bagi menjawab objektif kajian. Seramai 350 orang responden terlibat dalam menjawab borang soal selidik ini. Responden ini dipilih secara rawak dalam kalangan para pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di Semenanjung Malaysia. Data dianalisis secara deskriptif menggunakan SPSS versi 24. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa lambang-lambang kenegaraan Malaysia berperanan penting sebagai medium pemangkin patriotisme dalam kalangan warga Malaysia dengan nilai min 4.29 iaitu interpretasi min tahap tinggi. Dapatan kajian ini menjadi salah satu kayu ukur tahap kepedulian dan perasaan cinta masyarakat Malaysia terhadap negara Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2021-05-31

How to Cite

Mohamad, A. N. A., Haniffa, M. A., & Mohamad, W. N. A. (2021). Pemerkasaan Lambang Kenegaraan Malaysia Sebagai Pemangkin Patriotisme dalam Kalangan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Semenanjung Malaysia. RABBANICA - Journal of Revealed Knowledge, 2(1), 89 - 110. Retrieved from https://ejournals.kias.edu.my/index.php/rabbanica/article/view/180