Peranan dan Cabaran Institusi Ar-Rahnu dalam Membantu Usahawan Mikro Wanita

Authors

  • Hallieyana Sha’ari Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)
  • Nurul Fazlina Mat Zin Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)
  • Azwan Abdullah Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

Keywords:

Ar-Rahnu, Peranan, Cabaran, Usahawan Mikro

Abstract

Penubuhan institusi Ar-Rahnu sebagai salah sebuah institusi kewangan yang menyediakan kemudahan pembiayaan berasaskan cagaran di Malaysia telah banyak menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara. Ar-Rahnu atau pajak gadai Islam yang berlandaskan syariah ini merupakan skim gadaian yang melindungi sekaligus membantu masyarakat Islam khususnya daripada terlibat dengan transaksi pajak gadai konvensional yang berunsurkan riba. Tujuan artikel ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti peranan dan cabaran yang dihadapi oleh institusi Ar-Rahnu dalam membantu usahawan mikro wanita pada masa kini. Hasil kajian mendapati terdapat beberapa peranan utama yang dimainkan oleh institusi ini. Antaranya ialah menyediakan modal perniagaan kepada usahawan mikro wanita, menawarkan kemudahan pembiayaan secara mudah, cepat dan telus, dan seterusnya institusi ini memainkan peranan penting dalam meningkatkan ekonomi usahawan mikro wanita dan secara tidak langsung dapat meningkatkan ekonomi negara. Selain itu, kajian ini juga dijalankan untuk mengenal pasti cabaran yang perlu dihadapi oleh institusi ini pada abad ini. Cabaran ini dapat dilihat dalam beberapa aspek seperti isu persaingan dengan pajak gadai konvensional, cabaran persaingan sesama institusi Ar-Rahnu dan caj upah simpan, dan cabaran dalam mempromosikan perkhidmatan berteraskan syariah kepada usahawan mikro wanita. Selain itu, antara cabaran lain yang dihadapi Ar-Rahnu adalah cabaran dari segi isu pemalsuan emas dan kecekapan teknologi, kekangan modal serta cabaran dalam menyediakan tenaga kerja yang berkemahiran dan berintegriti.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2021-11-17

How to Cite

Sha’ari, H., Mat Zin, N. F., & Abdullah, A. (2021). Peranan dan Cabaran Institusi Ar-Rahnu dalam Membantu Usahawan Mikro Wanita. RABBANICA - Journal of Revealed Knowledge, 2(2), 29 - 48. Retrieved from http://ejournals.kias.edu.my/index.php/rabbanica/article/view/190