Faktor-Faktor Pembentukan Pemikiran al-Nadwi Terhadap Gagasan Sastera Islam

Authors

  • Mohd Shahrizal Nasir Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
  • Kamarul Shukri Mat Teh Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Keywords:

Abu al-Hasan ‘Ali al-Nadwi, Sastera Islam, Pemikiran Sastera, Faktor Pembentukan Pemikiran

Abstract

Abu al-Hasan ‘Ali al-Nadwi (1914-1999) merupakan seorang tokoh terkenal dalam dunia Islam. Ketokohan al-Nadwi terserlah menerusi usaha dakwahnya yang bersifat global merentasi sempadan tempat kelahirannya di India. Selain itu, al-Nadwi dikenali sebagai seorang sarjana yang membicarakan segenap aspek kehidupan berkaitan Islam meliputi pendidikan, ekonomi, perundangan, hubungan antarabangsa, kesusasteraan dan sebagainya. Perkara yang menarik untuk diberi perhatian ialah berkenaan usahanya memperkasa gagasan Sastera Islam di peringkat antarabangsa. Dalam usaha menangani masalah umat Islam menerusi pelbagai bidang, al-Nadwi masih memberi perhatian yang serius terhadap bidang kesusasteraan menerusi perbahasan mengenai Sastera Islam. Justeru, makalah ini akan mengenal pasti faktor-faktor yang membentuk pemikiran al-Nadwi berkaitan gagasan Sastera Islam. Kajian ini menggunakan kaedah analisis teks dengan menjadikan Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979) sebagai kerangka analisis. Hasil kajian mendapati, faktor keluarga dan pendidikan merupakan dua faktor penting yang mempengaruhi pembentukan pemikiran al-Nadwi berkaitan Sastera Islam. Penekanan terhadap aspek kesusasteraan Islam dalam diri al-Nadwi telah didorong oleh individu dalam keluarga dan para gurunya yang memberi kesan besar terhadap ufuk pandangan beliau meletakkan keperluan agar kesusasteraan menjadi sebahagian daripada cakupan ilmu Islam.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2021-05-31

How to Cite

Nasir, M. S., & Mat Teh, K. S. (2021). Faktor-Faktor Pembentukan Pemikiran al-Nadwi Terhadap Gagasan Sastera Islam. RABBANICA - Journal of Revealed Knowledge, 2(1), 65 - 88. Retrieved from https://ejournals.kias.edu.my/index.php/rabbanica/article/view/179