Menilai Impak Zakat Emas Perhiasan terhadap Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Malaysia

Evaluating the Impact of Gold Jewellery Zakat on Early Childhood Education in Malaysia

Authors

  • Ahmad Hazman Ali Faculty of Management and Human Development, Sultan Ismail Petra International Islamic University College, 15730, Kota Bharu, Malaysia
  • Azyantee Mohd Zawawi Centre of Core Study, Sultan Ismail Petra International Islamic University College, 15730, Kota Bharu, Malaysia
  • Haslinda Hasim Faculty of Management and Human Development, Sultan Ismail Petra International Islamic University College, 15730, Kota Bharu, Malaysia

Keywords:

Zakat Emas Perhiasan, Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Kewangan Sosial, Islam, Pembangunan Modal Insan, Model ZE-PAKK, Zakat On Gold Jewellery, Early Childhood Education, Social Finance, Human Capital Development

Abstract

Although zakat collection in Malaysia, including zakat on gold jewelry, has increased consistently, its direct impact on early childhood education remains insufficiently explored. Existing studies primarily focus on the legal and administrative aspects of gold jewelry zakat, with limited attention to its role in long-term human capital development. At the same time, early childhood education is widely recognized as a strategic investment in human capital development, especially for children from low-income families. This study therefore explores the potential of gold jewelry zakat as a targeted social finance instrument to support early childhood education in Malaysia. This study employs a qualitative conceptual approach, using thematic analysis of selected literature and policy documents related to zakat, early childhood education, social investment, and Maqasid al-Syariah. The literature was selected based on relevance, academic credibility, and contextual suitability to Malaysia and contemporary Islamic social finance discourse. The analysis focused on identifying dominant themes, research gaps, and conceptual linkages between zakat distribution and early childhood human capital development. The findings reveal a significant gap between the financial potential of gold jewelry zakat and its targeted contribution to early childhood development, as current zakat education initiatives remain largely focused on formal education. In response, the study proposes the ZE-PAKK Model (Zakat Emas–Pendidikan Awal Kanak-Kanak), which positions gold jewelry zakat as a strategic social investment instrument through targeted, impact-oriented educational support. This study contributes to the literature by extending the discourse on zakat from a legal-administrative framework toward a sustainable human capital development perspective aligned with Maqasid al-Syariah.

Walaupun kutipan zakat di Malaysia, termasuk zakat emas perhiasan, menunjukkan peningkatan yang konsisten, impak langsungnya terhadap pendidikan awal kanak-kanak masih kurang diterokai. Kajian-kajian sedia ada lebih banyak menumpukan aspek hukum, uruf dan mekanisme pentadbiran zakat emas perhiasan, manakala perbincangan mengenai impak sosial jangka panjangnya, khususnya dalam konteks pendidikan awal kanak-kanak, masih terhad. Pada masa yang sama, pendidikan awal kanak-kanak diiktiraf secara meluas sebagai pelaburan strategik dalam pembangunan modal insan, terutama bagi kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah. Oleh itu, kajian ini meneroka potensi zakat emas perhiasan sebagai instrumen kewangan sosial yang bersasar untuk menyokong pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk konseptual melalui analisis tematik terhadap literatur terpilih dan dokumen dasar berkaitan zakat, pendidikan awal kanak-kanak, pelaburan sosial dan Maqasid al-Syariah. Literatur dipilih berdasarkan kerelevanan, kredibiliti akademik dan kesesuaian konteks Malaysia serta wacana semasa kewangan sosial Islam. Analisis kajian menumpukan kepada pengenalpastian tema dominan, jurang kajian dan hubungan konseptual antara agihan zakat dan pembangunan modal insan awal kanak-kanak. Dapatan kajian menunjukkan wujud jurang yang ketara antara potensi kewangan zakat emas perhiasan dengan sumbangannya secara khusus terhadap pembangunan awal kanak-kanak, memandangkan inisiatif zakat pendidikan semasa masih tertumpu kepada pendidikan formal. Sehubungan itu, kajian ini mencadangkan Model ZE-PAKK (Zakat Emas–Pendidikan Awal Kanak-Kanak) yang memposisikan zakat emas perhiasan sebagai instrumen pelaburan sosial strategik melalui sokongan pendidikan yang bersasar dan berorientasikan impak. Kajian ini menyumbang kepada literatur dengan memperluaskan perbincangan zakat daripada kerangka perundangan dan pentadbiran kepada perspektif pembangunan modal insan lestari yang selari dengan Maqasid al-Syariah.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abdullah, M. A., Razaki, M. M., Mohamed, N. A., Nik Mohd Adib, N. A. N., & Che Hassan, L. H. (2025). Penggayaan emas perhiasan dalam majlis keraian: Implikasi uruf zakat di Kelantan. RABBANICA: Journal of Revealed Knowledge, 6(2), 11–30.

Azri Bhari, M., Kamaruddin, M. I. H., & Ramli, A. M. (2019). Zakat sebagai instrumen pembangunan sosial menurut Maqasid Syariah: Analisis konsep dan aplikasi di Malaysia. Jurnal Syariah, 27(2), 257–280.

Azri Awra Jihadi. (2025). Analisis zakat dan SDG 4 pendidikan berkualiti.

Bajraktari, K., Çibukçiu, B., Çerkini, B., & Bajrami, R. (2025). The long term effects of investments in early childhood education on economic development: A synthesizing approach of recent literature. Research Square. https://doi.org/10.21203/rs.3.rs8187807/v1

Bastagli, F., Hagen-Zanker, J., Harman, L., Sturge, G., & Barca, V. (2016). Cash transfers: What does the evidence say? A rigorous review of programme impact and of the role of design and implementation features. ODI.

European Commission. (2025). Early childhood education and care: Building the for lifelong learning. Publications Office of the European Union.

Fiszbein, A., & Schady, N. (2009). Conditional cash transfers: Reducing present and future poverty. World Bank.

Jasni Sulong, M., Taha, M. M., & Suhaimi, R. (2025). Pemakaian emas perhiasan dan amalan berzakat dalam kalangan wanita Islam di Negeri Pulau Pinang. Kajian Malaysia. Advance online publication.

Kamaruddin, N. M., et al. (2024). Peranan zakat dan wakaf dalam pembangunan ekonomi.

Kuanova, L. A., et al. (2024). Islamic finance social impact assessment.

Marselia, N. (2025). Zakat as social capital and impact investment model.

MAIWP (2025). Zakat allocation for human capital development.

Nilasari, W. A., et al. (2025). Zakat distribution and Islamic human development.

Noraini Saro, & Rawi Nordin. (2019). Zakat emas perhiasan dan implikasinya terhadap pembangunan ekonomi umat Islam. Jurnal Ekonomi Islam, 11(1), 45–60.

Norfariza Mohd Radzi, & Nur Aliza Ahmad. (2017). Zakat pendidikan dan kesannya terhadap pembangunan modal insan dalam kalangan pelajar asnaf. Jurnal Pengajian Islam, 10(2), 89–104.

Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD). (2025). Reducing inequalities by investing in early childhood education and care. OECD Publishing.

Qanita, A. (2024). Zakat and multidimensional poverty alleviation.

Sakinatul Raadiyah Abdullah, Zulkifli Mohamad, & Siti Hajar Abu Bakar. (2025). Hubungan sokongan zakat pendidikan terhadap motivasi dan pencapaian akademik pelajar: Satu ulasan literatur. Jurnal Pendidikan Islam, 40(1), 55–72.

Siswantoro, S., & Ikhwan, I. (2024). Islamic social finance and human development.

Syazwani Abd Rahimi, S., Azizii, S. N. A., Razaly, M. Z., Redzuan, M. A., Aziz, A., & Abdul Rashid, K. A. (2025). Narrative study of zakat gold jewelry (al-huli): Gold mixing issue. Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies, 34(1), 216–227.

Published

2026-05-25

How to Cite

Ahmad Hazman Ali, Azyantee Mohd Zawawi, & Haslinda Hasim. (2026). Menilai Impak Zakat Emas Perhiasan terhadap Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Malaysia: Evaluating the Impact of Gold Jewellery Zakat on Early Childhood Education in Malaysia. RABBANICA - Journal of Revealed Knowledge, 7(1), 68-83. Retrieved from http://ejournals.kias.edu.my/index.php/rabbanica/article/view/430