Konsep Ḥiyāl dalam Perkahwinan: Satu Tinjauan Awal

The Concept of Ḥiyāl in Marriage: A Preliminary Review

Authors

  • Ahmad Syakir Mohd Nassuruddin Fakulti Pengajian Islam Kontemporari, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, 15730 Kota Bharu, Malaysia. (KIAS)
  • Mohd Zain Mubarak Fakulti Pengajian Bahasa Dan Pembangunan Insan, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Malaysia. (UMK)
  • Zulfaqar Mamat Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Antarabangsa Malaysia, 71800 Nilai, Malaysia. (USIM)
  • A’inaa Lyana Amanina Mohd Zaim Fakulti Pengajian Islam Kontemporari, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, 15730 Kota Bharu, Malaysia. (KIAS)

Keywords:

Ḥiyāl, marriage, munakahat, nikah

Abstract

Ḥiyāl is the ability to find a way out of a legal problem using certain methods. Ḥiyāl occurs either in worship, muamalat, or crime, including marriage. Ḥiyāl in this marriage is more focused on the issues prescribed by the Sharia even though scholars differ in their application. However, the scope of practising ḥiyāl in today's marriages is growing and requires in-depth analysis. Therefore, the objective of this study is to explain the concept of ḥiyāl in marriage based on the views of the majority of scholars. In the meantime, the study also identifies the form of ḥiyāl in marriage and the application of law to it. The research uses a qualitative form through the library method. Data collection for this study draws from multiple sources, including classical Islamic jurisprudence texts, contemporary scholarly works, academic journal articles, theses, scholarly publications, and research reports. Thus, data was analysed using a content analysis approach through predetermined themes. The study results found that ḥiyāl in marriage is more likely not to fulfil the maqāsid and purpose in marriage. This is because some of the definitions of ḥiyāl can lead to negative connotations, but some scholars require the use of ḥiyāl as long as it does not conflict with the maqasid of syarak. Ḥiyāl in marriage is divided into five forms, namely Nikah Taḥlīl, Nikah Mut'ah, Nikah Syighār, Nikah Misyār and Nikah Sirri. The determination of the law for these five forms of ḥiyāl is subject to maslahah to ensure harmony and integrity of the household can be achieved.

 

Ḥiyāl adalah suatu kemampuan dalam mencari jalan keluar dari suatu permasalahan hukum menggunakan metode-metode yang tertentu. Ḥiyāl berlaku sama ada dalam konteks ibadah, muamalat, jinayat termasuklah perkahwinan. Ḥiyāl dalam perkahwinan ini lebih tertumpu kepada permasalahan yang dinaskan oleh syarak walaupun ulama berbeza pendapat dalam mengaplikasikannya. Walau bagaimanapun, skop pengamalan ḥiyāl dalam perkahwinan masa kini semakin berkembang serta memerlukan analisis yang mendalam. Justeru itu, objektif kajian ini bertujuan untuk menjelaskan konsep ḥiyāl dalam perkahwinan berdasarkan pandangan jumhur ulama. Dalam pada itu, kajian juga mengenal pasti bentuk ḥiyāl dalam perkahwinan serta penilaian hukum terhadapnya. Kajian yang dilaksanakan ini menggunakan bentuk kualitatif melalui metode kepustakaan. Data yang dikumpul adalah bersumberkan kitab fiqh klasik, karya ulama kontemporari, artikel jurnal, tesis, buku ilmiah dan laporan penyelidikan. Manakala data dianalisis melalui pendekatan analisis kandungan melalui tema yang ditetapkan. Hasil kajian mendapati ḥiyāl dalam perkahwinan lebih cenderung tidak memenuhi maqāsid serta tujuan dalam perkahwinan. Hal ini kerana, sebahagian takrifan ḥiyāl boleh membawa kepada konotasi negatif, namun ada sebahagian ulama mengharuskan pemakaian ḥiyāl selama mana ia tidak bertentangan dengan maqasid syarak. Ḥiyāl dalam perkahwinan dipecahkan kepada lima bentuk iaitu Nikah Taḥlīl, Nikah Mut’ah, Nikah Syighār, Nikah Misyār dan Nikah Sirri. Penetapan hukum bagi lima bentuk ḥiyāl ini adalah tertakluk kepada pertimbangan maslahah demi memastikan keharmonian dan keutuhan rumah tangga dapat dicapai.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-11-19

How to Cite

Ahmad Syakir Mohd Nassuruddin, Mohd Zain Mubarak, Zulfaqar Mamat, & A’inaa Lyana Amanina Mohd Zaim. (2024). Konsep Ḥiyāl dalam Perkahwinan: Satu Tinjauan Awal: The Concept of Ḥiyāl in Marriage: A Preliminary Review. RABBANICA - Journal of Revealed Knowledge, 5(2), 133-149. Retrieved from http://ejournals.kias.edu.my/index.php/rabbanica/article/view/334

Most read articles by the same author(s)