Maqāṣid Al-Sunnah Dalam Kerangka Maqāṣid Al-Sharīʿah: Analisis Konseptual
Maqāṣid Al-Sunnah Within the Framework of Maqāṣid Al-Sharī’ah: A Conceptual Analysis
Keywords:
Al-Ghazālī, Iḥyā ʿUlūm al-Dīn, Maqāṣid al-Sunnah, Maqāṣid al-Sharī’ahAbstract
Al-Ghazālī (d. 505 H), in his work Iḥyā ʿUlūm al-Dīn, is one of the earliest figures to mention the concept of Maqāṣid al-Sunnah using the term Maqāṣid al-Nubuwwah to describe the objective of legislating female circumcision. In contrast to Maqāṣid al-Sharīʿah, there is still less discussion on Maqāṣid al-Sunnah. So, the question is: is Maqāṣid al-Sunnah a new discipline that exists independently of Maqāṣid al-Sharīʿah, or is it a part of Maqāṣid al-Sharīʿah?Hence, this study critically analyze the integration of Maqāṣid al-Sunnah within the framework of Maqāṣid al-Sharīʿah. Additionally, the study examined the writings of classical and contemporary scholars in their use of the term Maqāṣid al-Sunnah and the contexts in which it is employed. The research employed the documentation approach for classical and contemporary works, as well as academic articles for data collection. Furthermore, content analysis was used to extract significant findings from the gathered materials. The results of the study suggested that Maqāṣid al-Sunnah is a term or field that is part of Maqāṣid al-Sharīʿah rather than a term or field distinct from it and it is a component within the framework of Maqāṣid al-Sharīʿah. Similarly, the discussion from the perspective of Maqāṣid al-Sunnah offers a more precise and targeted comprehension. The study contributes to aid the researchers in obtaining a clear concept of the position and concept of Maqāṣid al-Sunnah.
Al-Ghazālī (m. 505 H) dalam Iḥyā ʿUlūm al-Dīn merupakan tokoh terawal yang menyebut perihal Maqāṣid al-Sunnah menggunakan terma Maqāṣid al-Nubuwwah. Beliau menggunakan terma ini ketika menyatakan objektif pensyariatan khitān wanita. Namun, perbincangan berkenaan Maqāṣid al-Sunnah masih sedikit berbanding Maqāṣid al-Sharīʿah. Persoalannya, adakah Maqāṣid al-Sunnah merupakan suatu bidang ilmu yang baharu serta terpisah daripada Maqāṣid al-Sharīʿah atau ianya merupakan suatu juzuk dalam kerangka Maqāṣid al-Sharīʿah? Justeru, kajian ini merupakan analisis kritis membincangkan integrasi Maqāṣid al-Sunnah dalam kerangka Maqāṣid al-Sharīʿah. Selain itu, kajian ini meninjau penulisan ulama klasik dan kontemporari dalam menggunakan terma Maqāṣid al-Sunnah serta konteks yang digunakan. Kajian ini menggunakan metode dokumentasi karya-karya klasik dan kontemporari serta artikel-artikel akademik sebagai kaedah pengumpulan data. Selain itu, metode analisis kandungan segala bahan yang dikumpulkan akan digunakan untuk memperoleh hasil yang signifikan. Hasil kajian mendapati bahawa Maqāṣid al-Sunnah bukanlah suatu terma atau bidang yang berbeza dengan Maqāṣid al-Sharīʿah namun ianya merupakan sebahagian daripada kerangka Maqāṣid al-Sharīʿah. Begitu juga perbincangan dari perspektif Maqāṣid al-Sunnah dilakukan bertujuan agar dapatan perbincangan lebih jelas dan bersasar. Implikasi kajian ini memudahkan para pengkaji mendapatkan konsep jelas berkenaan kedudukan dan konsep Maqāṣid al-Sunnah.