Istilah Faraid dalam 114 Surah Al-Quran: Satu Analisis
Keywords:
Perkataan al-Quran, Faraid, TunggalAbstract
Istilah faraid merujuk kepada perkataan-perkataan yang dinyatakan hanya sekali sahaja di dalam al-Quran. Bilangan perkataan tersebut di dalam setiap helaian dan surah al-Quran perlu diperincikan dari pelbagai sudut sebelum difahami lebih lanjut apakah hikmah di sebaliknya. Hal demikian kerana tiada satu pun perkara di dalam al-Quran itu dijadikan sia-sia. Oleh itu, kajian ini mengorak langkah pertama dengan menjalankan analisis terhadap perkataan terbabit berobjektifkan untuk merungkaikan berapakah bilangan sebenar perkataan faraid dan apakah kategori-kategorinya. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang melalui reka bentuk kajian analisis kandungan. Hasil kajian menunjukkan terdapat hampir 400 patah perkataan faraid daripada 77,934 patah perkataan dalam al-Quran. Jumlah terbabit dapat dibahagikan kepada beberapa kategori seperti kata nama dan kata kerja. Kesimpulannya, kajian ini merupakan langkah awal sebelum dijalankan kajian lanjut terhadap perkataan faraid tersebut. Kajian ini juga dapat menyumbang kepada proses pengukuhan hafazan al-Quran bagi sesiapa sahaja yang telah atau bakal bergelar Ḥāfiẓ al-Quran