Prinsip-Prinsip Pembangunan Insaniah dalam Perkembangan dan Pendidikan Kanak-kanak

Authors

  • Shahnun Haji Musa Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)

Keywords:

Prinsip, Pembangunan Insaniah, Perkembangan, Pendidikan Kanak-Kanak

Abstract

Artikel ini membincangkan tentang kepentingan pembangunan insaniah kanak-kanak di dalam perkembangan, pendidikan dan kehidupan mereka. Berdasarkan kajian literatur, perkembangan dan pendidikan kanak-kanak tertumpu kepada dua elemen utama iaitu elemen spiritual dan fizikal yang perlu dibangunkan secara seimbang dan menyeluruh agar memenuhi keperluan semula jadi dan tuntutan semasa kehidupan mereka, supaya mereka boleh menjalani kehidupan yang sejahtera dan memiliki jati diri leluhur. Kajian memberi tumpuan khusus terhadap pembangunan insaniah kanak-kanak dalam usaha membina kemampuan mereka memahami dan melaksanakan fungsi mereka sebagai hamba dan khalifah. Kajian dilakukan secara kualitatif dengan data kajian yang diperolehi secara dokumentasi dibincangkan bersama dengan huraian ayat-ayat al-Quran dan hadis yang berkaitan. Penulis mengemukakan prinsip-prinsip pembangunan insaniah sebagai panduan kepada ibu bapa dan semua pihak yang mengambil berat terhadap pendidikan awal kanak-kanak.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2021-11-17

How to Cite

Haji Musa, S. (2021). Prinsip-Prinsip Pembangunan Insaniah dalam Perkembangan dan Pendidikan Kanak-kanak. RABBANICA - Journal of Revealed Knowledge, 2(2), 67 - 82. Retrieved from http://ejournals.kias.edu.my/index.php/rabbanica/article/view/192