Pendidikan Etika dalam Mendepani Pandemik COVID-19: Analisis Menurut Perspektif Surah Al-Balad

Authors

  • Siti Sarah Izham Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Shahirah Said Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Keywords:

Etika, Institusi kekeluargaan, Sumbangan, Al-Balad

Abstract

Perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan ekoran penularan wabak COVID-19, telah membawa kepada beberapa impak. Ia dapat dilihat menerusi keruncingan masalah sumber pendapatan yang dihadapi oleh masyarakat. Perkara ini berlaku ekoran penutupan beberapa sektor pekerjaan yang menjadi punca rezeki. Ada yang dikurangkan gaji dan ada yang dibuang kerja. Selain itu, akibat terlalu lama berada di rumah, berlaku ketepuan dan pelbagai salah laku yang memberi kesan terhadap etika masyarakat. Contohnya seperti sumbang mahram dan menulis perkara-perkara yang mengandungi unsur perbalahan, caci maki serta tuduhan yang tidak berasas di media massa. Justeru, matlamat utama kajian ini adalah untuk menganalisis dan mengenal pasti panduan al-Quran berdasarkan surah al-Balad mengenai pendidikan etika yang dapat diaplikasikan dalam mendepani pendemik COVID-19. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menggunakan metode analisis kandungan. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat lima panduan al-Quran berdasarkan surah al-Balad berkaitan pendidikan etika yang dapat menjadi panduan dalam menghadapi pendemik COVID-19. Pertama, pemerkasaan institusi kekeluargaan. Kedua, penjagaan mata, lidah dan bibir. Ketiga, menghulurkan sumbangan. Keempat, memartabatkan anak yatim. Dan terakhir, berpesan-pesan kepada kebaikan dan kasih sayang.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2021-11-17

How to Cite

Izham, S. S., & Said, S. (2021). Pendidikan Etika dalam Mendepani Pandemik COVID-19: Analisis Menurut Perspektif Surah Al-Balad. RABBANICA - Journal of Revealed Knowledge, 2(2), 49 - 66. Retrieved from http://ejournals.kias.edu.my/index.php/rabbanica/article/view/191