Gerakan Islam Di Malaysia: Sejarah Dan Tradisi
Islamic Movement In Malaysia: History And Tradition
Keywords:
Intellectual, Islamic movement, Malaya, religious thought, gerakan Islam, tradisi akliah, pemikiran agamaAbstract
The paper discusses the historical origins of Islamic movement in Malaysia since colonial era. This was developed from two underlying bases; the ideal of reform and Islamic vision that was meant to awaken national consciousness and revitalised aspiration of pan-Islamism envisioned under the formidable authority of the Ottoman Caliphate. It examined the impact of this awareness in inspiring the movement for reform and reassertion of Islamic spirit and unity following the rising tide of Islam in broad socio-political context. The essential role of Syed Syaikh al-Hadi, Dr. Burhanuddin al-Helmy, Ustaz Abu Bakar al-Baqir, and Syed Muhammad Naquib al-Attas has marked unprecedented influence in the meaningful struggle for religious and intellectual development. The movement brought forth critical values and ideals of Islam that espoused for progressive and rational spirit and reconstruction of ijtihad and dynamic activism, based on inclusive moral and ethical norms and standards. The qualitative methodology used in this study focuses on content analysis and library research.The data was gathered by primary and secondary sources of document analysis, and it was technically analyzed utilizing interpretative, descriptive, historical, and comparative methods. The finding shows that the movement has brought fundamental reform by introducing the principle values and ideals of Islam and its underlying doctrine of tawhid and unity and projecting the idea of Islamization. By taking into consideration the principle of maqasid syariah (the higher objective of Islamic law) and its application in every communal sector, it has brought about some influence in influencing the governmental policy and direction towards incorporating Islamic values and tradition in socio-political context and framework.
Makalah ini memperhatikan asal usul sejarah dalam perkembangan pergerakan Islam di Malaysia dan penentangannya terhadap penjajahan British. Ini difokuskan daripada dua asas yang penting; (i) idealisme gerakan dan cita-cita islah yang diperjuangkan dalam memaknai kesedaran nasional dan (ii) aspirasi politik pan-Islamisme yang dicanangkan di bawah kekhalifahan Uthmaniyah Turki. Ia melihat impak kesedaran ini terhadap kebangkitan gerakan Islam di Malaysia yang meniupkan semangat persatuan (jama‘ah) dan nahdah dalam aspek sejarah dan sosio-budayanya yang meluas. Peranan dan upaya pembaharuan yang digerakkan oleh pemikir seperti Syed Syeikh al-Hadi, Dr. Burhanuddin al-Helmi, Ustaz Abu Bakar al-Baqir, Syed Muhammad Naquib al-Attas dan lain-lain telah mencetuskan kesan yang luar biasa dalam menzahirkan roh perjuangan dan kesedaran Islam (wa‘y al-Islami) yang bermakna. Harakat yang dicetuskan memperlihatkan nilai dan idealisme Islam yang sebenar dalam menggarap faham rasional, ijtihad dan tradisi akliah yang kritis. Ia mempengaruhi watak dan pemikiran masyarakat dalam mengangkat darjat, harakat umat, menggembleng kesedaran, pemahaman moral serta etika yang kuat. Kajian ini berasaskan metode kualitatif dengan menerapkan kaedah kepustakaan dan analisis isi. Data terkumpul dari kajian dokumenter terhadap sumber-sumber primer dan sekunder dengan mengambil corak analitis, deskriptif, kesejarahan dan perbandingan. Temuan kajian mendapati bahawa perjuangan yang dipelopori telah membawa perubahan penting dalam sektor utama kehidupan dengan memperkenalkan asas dan nilai-nilai Islam dan akhlak yang ideal dalam masyarakat, terutama dalam faham agama, iktikad, pemikiran, semangat persatuan dan landas (garis) perjuangan yang bernafaskan roh pembaharuan (islah) dan cita-cita Islamisasi. Ia turut memberi impak terhadap dasar dan hala tuju politik yang diterapkan pemerintah dengan mengambil kira keperluan sosio-budaya, maqasid dan pengaruh tradisi Islam dan nilai-nilainya yang digembleng di setiap peringkat.