Aplikasi Kaedah Al-Barā'ah Al-Dhimmah Menurut Hukum Fiqh Dan Implementasinya Dalam Perundangan Semasa Di Malaysia

Application of the Al-Barā'ah Al-Dhimmah Method According to Fiqh Law and Its Implementation in Current Legislation in Malaysia

Authors

  • Nik Faisal Nik Ismail Jabatan Pengajian Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs)

Keywords:

principle, application, family matters, transactions, crimes, legislation, kaedah, aplikasi, kekeluargaan, muamalat, jenayah, perundangan

Abstract

This article discusses the application of the principle of original freedom (al-asl barÉah al-zimmah) according to Islamic jurisprudence and its implementation in current legislation in Malaysia. The objective of this study is to demonstrate the important role of the stated principle in addressing various issues related to family matters, transactions, and crimes. This study is qualitative in nature and based on a framework of content analysis. Data collection involves referring to exegesis books, Sunnah, classical fiqh texts, principles of jurisprudence, al-Qawaid al-Fiqhiyyah, views of contemporary Islamic scholars, current laws, and content research. The collected data is analyzed and interpreted using deductive, descriptive, and comparative methods to obtain appropriate findings in line with the established research objectives. The results of the study indicate that this principle emphasizes the principle of al-baréah (freedom) possessed by every human being from being burdened with obligations, responsibilities, accusations, or punishments. Findings also show that this principle is based on the Quran and Sunnah and can be applied in various branches of Islamic law, playing a significant role in realizing justice for parties involved in disputes, especially in the aspects of family matters, transactions, and crimes. The implementation of the theories and principles found in this principle will ensure the preservation of the rights and dignity of every individual from both Islamic law and current legislative perspectives.

Artikel ini membincangkan aplikasi kaedah al-asl barÉah al-zimmah  menurut hukum fiqh dan implementasinya dalam perundangan semasa di Malaysia. Objektif kajian ini adalah untuk membuktikan peranan penting kaedah yang telah dinyatakan dalam menghadapi pelbagai isu berkaitan kekeluargaan, muamalat dan jenayah. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif berdasarkan kerangka analisis kandungan. Pengumpulan data adalah dengan merujuk kepada buku-buku tafsir, sunnah, kitab-kitab fiqah klasik, usul fiqah, al-Qawaid al-Fiqhiyyah, pandangan ulama Islam kontemporari, undang-undang semasa dan penelitian kandungan . Data-data yang dikumpulkan dianalisis dan dihuraikan dengan menggunakan metode deduktif, deskriptif dan komparatif bagi mendapatkan natijah yang sesuai dan selaras dengan objektif kajian yang telah ditetapkan. Hasil kajian menunjukkan bahawa kaedah ini menekankan prinsip al-barÉah (kebebasan) yang dimiliki oleh setiap manusia daripada dibebani dengan sesuatu kewajipan, tanggungan, tuduhan atau hukuman. Dapatan juga menunjukkan bahawa kaedah ini dibentuk berasaskan al-Quran dan Sunnah dan dapat diaplikasikan dalam pelbagai cabang hukum fiqah serta memainkan peranan yang signifikan untuk merealisasikan keadilan bagi pihak-pihak yang terlibat dalam sesuatu pertikaian terutamanya dalam aspek kekeluargaan, muamalat dan jenayah. Perlaksanaan teori dan prinsip yang terdapat dalam kaedah ini akan menjamin pemeliharaan terhadap hak dan maruah setiap individu sama ada dari sudut hukum syarak mahupun perundangan semasa.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-05-28

How to Cite

Nik Faisal Nik Ismail. (2024). Aplikasi Kaedah Al-Barā’ah Al-Dhimmah Menurut Hukum Fiqh Dan Implementasinya Dalam Perundangan Semasa Di Malaysia: Application of the Al-Barā’ah Al-Dhimmah Method According to Fiqh Law and Its Implementation in Current Legislation in Malaysia. RABBANICA - Journal of Revealed Knowledge, 5(1), 125-138. Retrieved from http://ejournals.kias.edu.my/index.php/rabbanica/article/view/317