Manhaj Ithbat Ulama Salaf dalam Berinteraksi dengan Sifat Khabariyyah Menurut Penjelasan Imam Abu Al-Hasan Al-Ash`ari
Manhaj Ithbat Salaf Scholars in Interacting with Characteristics of Khabariyyah According To The Explanation Of Imam Abu Al-Hasan Al-Ash`Ari
Keywords:
Sifat Khabariyyah, Salaf method, al-Ithbat bi La Kayf, Tafwid al-Kayfiyyah, New Attributes, Manhaj Salaf, Sifat al-HuduthAbstract
The works in the field of belief produced by Imam Abu al-Hasan al-Ash`ari (Imam al-Ash`ari) have been used as an essential reference by Islamic scholars to understand the exact method of interacting with Sifat Khabariyyah. Referring specifically to the book of al-Ibanah and Maqalat al-Islamiyyin, Imam al-Ash`ari explained that Ithbat is a method that has been adopted by the Companions RA, Tabi`in and Ahl al-Hadith. The problem that arises is that Islamic scholars have different opinions when discussing the concept of Ithbat according to the perspective of Salaf scholars, whether they have the concept of Tafwid al-Kayfiyyah or the concept of al-Ithbat bi La Kayf. Therefore, this study aims to discuss the concept of Ithbat and the characteristics of the method of Ithbat of Salaf scholars according to the explanation of Imam al-Ash`ari. Using a document analysis approach, a literature review was used to conduct a qualitative study. The findings indicated that the Salaf scholars' Ithbat method is based on the concept of al-Ithbat bi La Kayf, which is explained by Imam al-Ash`ari. One of its main features is that it teaches the Sifat Khabariyyah's external meaning as worthy of Allah SWT by rejecting the existence of kayfiyyat (form, appearance, characteristics, and manner), without interpretation, without ta'wil (representation), without tamthil (equalisation), without tashbih (simulation), and denying the Sifat al-huduth (new attributes) like location, mass, movement, and displacement. All at once, the findings of this study challenge the validity of the Tafwid al-Kayfiyyah method, which establishes the existence of certain kayfiyyat for the Dhat and Nature of Allah SWT and refuses to deny the new attributes.
Karya-karya dalam bidang akidah yang dihasilkan oleh Imam Abu al-Hasan al-Ash`ari (Imam al-Ash`ari) telah dijadikan rujukan penting oleh para sarjana Islam untuk memahami manhaj yang sahih dalam berinteraksi dengan Sifat Khabariyyah. Merujuk secara khusus kepada kitab al-Ibanah dan Maqalat al-Islamiyyin, Imam al-Ash`ari menjelaskan bahawa Ithbat merupakan manhaj yang telah diterima pakai oleh para Sahabat RA, Tabi`in dan Ahl al-Hadith. Permasalahan yang timbul ialah para sarjana Islam telah berbeza pendapat ketika membincangkan tentang manhaj Ithbat (metode pengisbatan sifat-sifat Allah SWT) menurut ulama Salaf sama ada berkonsepkan Tafwid al-Kayfiyyah ataupun berkonsepkan al-Ithbat bi La Kayf. Justeru itu, objektif kajian ini adalah untuk membincangkan tentang konsep Ithbat dan ciri-ciri manhaj Ithbat ulama Salaf menurut penjelasan Imam al-Ash`ari. Kajian ini dilakukan dengan mengaplikasikan metode kualitatif melalui kajian kepustakaan dengan menggunakan pendekatan analisis dokumen. Hasil dapatan kajian ini mendapati bahawa manhaj Ithbat ulama Salaf menurut penjelasan Imam al-Ash`ari adalah berkonsepkan al-Ithbat bi La Kayf, di mana antara ciri-ciri utamanya ialah mengisbatkan pengertian zahir Sifat Khabariyyah sebagaimana yang layak bagi Allah SWTanpa tafsiran, tanpa ta’wil (takwilan), tanpa tamthil (penyamaan), tanpa tashbih (penyerupaan), tanpa kayfiyyat (bentuk, rupa, ciri dan cara) serta menafikan Sifat al-Huduth (sifat-sifat baharu) seperti jisim, anggota, tempat dan perpindahan tempat. Sekali gus, dapatan kajian ini berbeza daripada manhaj Ithbat berkonsepkan Tafwid al-Kayfiyyah yang mengisbatkan kewujudan kayfiyyat bagi Zat dan Sifat Allah SWT dan enggan untuk menafikan Sifat al-Huduth.