Perbezaan Sosialisasi Gender dalam Ruang Lingkup Budaya

Authors

  • Nur Azwani Mansor@Noodin Sultan Ismail Perta International Islamic College (KIAS)

Keywords:

Gender, Sosialisasi, Budaya, Masyarakat

Abstract

Sistem kepercayaan terhadap gender adalah tidak sama bagi setiap budaya dan kelompok masyarakat. Ini adalah kerana gender dibina berdasarkan kepercayaan, adat, budaya, nilai, norma dan agama. Oleh yang demikian peranan dan ciri-ciri gender bagi setiap kelompok masyarakat menjadi berbeza. Gender terbentuk melalui konstruk sosial, ekonomi, politik dan budaya, ianya juga telah menentukan peranan dan ciri kelelakian atau keperempuanan yang perlu ada pada setiap individu yang tinggal bersama dalam kelompok masyarakat. Gender boleh berubah mengikut masa, berbeza-beza dan boleh merentas budaya. Dengan definisi dan proses sosialisasi yang diamalkan dalam sesebuah masyarakat, maka gender menjadikan sifat dan peranan kejantinaan itu berbeza bagi setiap individu. Maka perbezaan itu menjadi pelengkap dalam mengharmoni dan menyeimbangkan tugas serta tanggungjawab masing-masing dalam pembentukan keluarga, masyarakat dan negara. Justeru, kajian kualitatif ini bertujuan membincangkan proses sosialisasi gender yang berperanan merealisasikan persepsi gender menurut masyarakat. Metode analisis kandungan dengan menggunakan kaedah sintesis induktif deduktif digunakan dalam meneliti proses sosialisasi gender untuk menjadi seorang lelaki atau perempuan berdasarkan persepsi tertentu yang telah ditetapkan oleh budaya, masyarakat dan jantina asal manusia. Artikel ini membincangkan beberapa subtopik seperti pengenalan beberapa istilah berkaitan seperti seks, jantina dan gender, konsep gender dan sosialisasi gender, perspektif masyarakat Melayu tradisional dan pelbagai masyarakat lain serta budaya tentang sosialisasi gender.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2020-11-09

How to Cite

Mansor@Noodin, N. A. (2020). Perbezaan Sosialisasi Gender dalam Ruang Lingkup Budaya. RABBANICA - Journal of Revealed Knowledge, 1(1), 107 - 118. Retrieved from http://ejournals.kias.edu.my/index.php/rabbanica/article/view/12