Nabi Isa Atau Jesus Christ Mengikut Kristian Dan Penjelasan Al-Quran Mengenainya
Abstract
Pandangan Kristian mengenai Nabi Isa tidak sama dengan pandangan Islam Orang-orang Kristian memanggil Nabi Isa al-Masih dengan panggilan Jesus Christ dan baginda dianggap Anak Tuhan atau Tuhan Anak (Son of God atau God the Son). Mereka juga percaya dengan akidah ketuhanan trinity iaitu Tuhan tiga dalam satu dan satu dalam tiga, iaitu Tuhan Bapa Allah), Tuhan Ruh al-Qudus (malaikat Jibril) dan Tuhan Anak (Nabi Isa). Tuhan Anak atau Anak Tuhan ini bagi penganut Kristian mempunyai berbagai-bagai keistimewaan dan Sedangkan Islam menegaskan bahawa Nabi Isa bukan Tuhan Anak tetapi baginda adalah seorang rasul Allah yang diutuskan kepada Bani Israil, Baginda adalah manusia yang mempunyai banyak mukjizatnya. Segala pegangan akidah Kristian terhadap Jesus Christ atau Nabi Isa dijawab panjang lebar oleh Allah di dalam al- Qurannya Jawapan Allah itu sekaligus menempelak akidah mereka yang menyeleweng dan salah dari ajaran Nabi Isa yang asal