Kaedah Menghafaz Al-Quran Yang Diaplikasi Oleh Para Pelajar Darul Quran, Jakim

Authors

  • Wan Khalijah binti Wan Jusoh Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)
  • Ahmad Bin Abdul Rahman Universiti Malaysia Kelantan
  • Wan Nasyruddin Bin Wan Abdullah Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Nur Hanisah Binti Mohammad Nor Abdullah Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstract

Menghafaz al-Quran adalah suatu kemuliaan di sisi Allah SWT. Ia memerlukan kaedah yang betul dan komitmen yang tỉnggi. Tanpa keduanya, hafazan ini akan hilang dalam masa yang singkat. Oleh itu, kaedah menghafaz al-Quran yang betul amat penting bagi memastikan hafazan tersebut sentiasa kukuh dalam ingatan seseorang huffaz. Justeru, kajian ini bertujuan mengenalpasti jenis kaedah menghafaz al-Quran yang telah diaplikasikan oleh para pelajar di Darul Quran, JAKIM. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat tiga kaedah hafazan al-Quran utama yang telah diaplikasi oleh para pelajar ini. Iaitu kaedah merujuk kepada tafsir sebelum dan selepas menghafaz, kaedah menghafaz secara berseorangan dan kaedah menghafaz dengan hanya mengkhususkan satu mashaf sahaja. Manakala kaedah menghafaz al-Quran yang paling kurang diminati oleh para pelajar ialah kaedah menghafaz al- Quran secara berkumpulan. Keseluruhannya, kajian ini telah mencapai objektif yang telah digariskan oleh pengkaji untuk mengetahui jenis kaedah menghafaz al- Quran yang telah diaplikasikan oleh para pelajar Darul Quran, JAKIM dalam menjaga hafazan agar sentiasa kukuh dalam ingatan.

Downloads

Published

2020-12-22

How to Cite

binti Wan Jusoh, W. K. ., Bin Abdul Rahman, A., Bin Wan Abdullah, W. N. ., & Binti Mohammad Nor Abdullah, N. H. . (2020). Kaedah Menghafaz Al-Quran Yang Diaplikasi Oleh Para Pelajar Darul Quran, Jakim. Jurnal KIAS, 8(1), 18 - 35. Retrieved from https://ejournals.kias.edu.my/index.php/jurnalkias/article/view/97

Issue

Section

Articles