Ibn Kathir Dan Ketokohannya Dalam Bidang Tafsir

Authors

  • Mohd Zawawi bin Abdullah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)

Abstract

Tafsir al-Quran al- Azim atau lebih dikenali dengan Tafsir Ibn Kathir, adalah di antara kitab tafsir al-Quran yang terbaik pernah dihasilkan sepanjang zaman. Metode penulisan tafsir ini adalah berdasarkan tafsir bi al-ma thur, yang juga menjadi salah satu faktor kitab tafsir ini masih menjadi rujukan utama umat Islam sehingga ke hari ini. Artikel ini akan mengupas secara ringkas tentang ketokohan Ibn Kathir di dalam bidang tafsir, dan metode penulisan yang digunakannya sepanjang penulisannya itu. Artikel ini juga cuba menilai perspektif Ibn Kathir terhadap beberapa isu yang berkait dengan ilmu tafsir al-Quran seperti ilmu hadis, ilmu kalam, ilmu fikah, termasuklah kisah-kisah isra iliyyat yang menjadi rujukan tafsir bagi sesetengah ulama tafsir yang sezaman dengannya, selepasnya atau Jung telah mendahului zamannya.

Downloads

Published

2020-12-22

How to Cite

bin Abdullah, M. Z. (2020). Ibn Kathir Dan Ketokohannya Dalam Bidang Tafsir. Jurnal KIAS, 8(1), 1 - 17. Retrieved from https://ejournals.kias.edu.my/index.php/jurnalkias/article/view/96

Issue

Section

Articles