Kolaborasi Ulama Dan Umara' Melonjakkan Siyasah Shar’iyyah Di Malaysia Dan Nusantara

Authors

  • Mohd Nor Bin Anuar Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)

Abstract


Kolaborasi ulama dan umara“ terbukti mampu membentuk masyarakat madani. Pendekatan dan kaedah siyasah shar'iyyah telah terbukti sangat berkesan kepada ulama dan umara' dalam mengurustadbir dan menyebarkan Islam di Nusantara. Manakala faktor pengislaman golongan istana telah mempercepatkan lagi pembinaan thaqafah dan tamadun Islam sebagai persediaan sebelum kedatangan penjajah Barat dan Timur. Penulis mendapati bahawa hakikat ini terselindung di sebalik analisis pembahagian fasa-fasa reformasi atau transformasi sosial dan budaya di alam Melayu oleh Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas (1978). Sebagai umat Islam mutakhir yang dapat menikmati pengertian dua kalimah shahadah, sewajarnyalah jasa-jasa dan pengorbanan para ulama dan umara' dalam mempertahankan aqidah Islam pada zaman awalan disanjungi dan dikenang. Selain melindungi ajarannya yang suci, mereka juga telah menghasilkan pelbagai khazanah artifak dan psikofak yang tidak ternilai harganya untuk diwarisi oleh anak cucu mereka.

Downloads

Published

2020-12-22

How to Cite

Bin Anuar , . M. N. . (2020). Kolaborasi Ulama Dan Umara’ Melonjakkan Siyasah Shar’iyyah Di Malaysia Dan Nusantara. Jurnal KIAS, 7(1), 111 - 133. Retrieved from https://ejournals.kias.edu.my/index.php/jurnalkias/article/view/93

Issue

Section

Articles