Peralatan Menterjemah Dalam Penterjemahan Arab-Melayu

Authors

  • Mohd Hilmi bin Abdullah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)

Abstract

Aktiviti penterjemahan tidak mungkin akan berlaku tanpa adanya peralatan yang boleh membantu penterjemah dalam melakukan kerja- kerja penterjemahannya. Dalam hal ini, peralatan menterjemah telah mengalami revolusi selari dengan perkembangan teknologi terkini. Jika dahulu penterjemah bergantung kepada kertas dan mesin taip, peralatan tersebut sekarang ini telah diambil alih sepenuhnya oleh komputer. Begitu juga, peralatan rujukan sekarang ini semakin pelbagai dan tidak lagi terhad kepada kamus dan buku semata-mata, malah turut meliputi cakera padat dan internet. Semuanya ini telah mempengaruhi dunia penterjemahan pada hari ini, termasuk penterjemahan Arab – Melayu

Downloads

Published

2020-12-22

How to Cite

bin Abdullah, M. H. . (2020). Peralatan Menterjemah Dalam Penterjemahan Arab-Melayu. Jurnal KIAS, 4(1), 134 - 150. Retrieved from https://ejournals.kias.edu.my/index.php/jurnalkias/article/view/66

Issue

Section

Articles