PERANAN AL-QURAN DALAM PERKEMBANGAN ILMU NAHU DAN KAEDAH PENGAJARANNYA MASA KINI

Authors

  • Rohaidi bin Habil Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)

Abstract

Al-Quran adalah kitab suci umat Islam menjadi panduan untuk kesejahteraan hidup di dunia. Tidak dinafikan bahawa kemunculan pelbagai ilmu pada zaman kegemilangan Islam berpunca dari kitab suci tersebut termasuklah ilmu bahasa Arab. Bahkan al-Quran itu sendiri diturunkan dalam bahasa Arab menjadi mukjizat terbesar bagi junjungan besar kita nabi Muhammand s.a.w. Walaupun nahu bahasa Arab telah wujud di dalam diri orang-orang Arab, tetapi ianya tidak dibukukan sehingga al-Quran diturunkan dan menjadi sumber rujukan utama bagi umat Islam. Oleh itu demi menjaga kesucian al-Quran dari diselewengkan ilmu nahu adalah antara ilmu terawal yang dibukukan. Ianya dipelajari oleh umat berbangsa Arab dan bukan Arab ('Ajam) untuk memahami al- Quran. Bukan setakat itu sahaja, muncul ulama nahu yang terbilang dari bangsa bukan Arab seperti Sibawaeh dan sebagainya, Ini membuktikan kedudukan ilmu nahu di dalam bahasa Arab semenjak dahulu hinggalah sekarang. la perlu diajar dan dipelajari untuk mendalami ilmu agama Islam. Pelbagai pendekatan telah digunakan agar ilmu ini dapat dipelajari dan difahami seterusnya digunakan untuk memahami ilmu-ilmu agama yang lain.

Downloads

Published

2020-12-22

How to Cite

bin Habil, R. . (2020). PERANAN AL-QURAN DALAM PERKEMBANGAN ILMU NAHU DAN KAEDAH PENGAJARANNYA MASA KINI. Jurnal KIAS, 4(1), 118 - 133. Retrieved from https://ejournals.kias.edu.my/index.php/jurnalkias/article/view/65

Issue

Section

Articles