Manhaj Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Dan Al-Qur'an Dan Terjemahnya Dalam Pentafsiran Ayat-Ayat Al-Qasas: Kajian Perbandingan Dari Sudut Pengambilan Israiliyyat

Authors

  • Ahmad Najib Bin Abdullah Universiti Malaya

Abstract

Al-Qur'an al-Karim banyak memuatkan 'al-qasas' iaitu kisah-kisah ataupun cerita-cerita dengan tujuan memberikan teladan dan pengajaran kepada umat manusia. Umumnya kisah-kisah yang dipaparkan oleh Al- Qur'an melibatkan kisah-kisah lampau terutama kisah para nabi dengan umat masing-masing di samping kisah-kisah lain yang berkaitan dengan sejarah penciptaan alam, peristiwa-peristiwa tertentu yang berlaku sepanjang sejarah, termasuk peristiwa-peristiwa yang berlaku di zaman Nabi SAW dan lain-lain.' Sebahagian daripada kisah-kisah ini biasanya diresapi unsur Israiliyyat. Israiliyyat merupakan salah satu isu yang berkaitan dengan pentafsiran Al-Qur'an, penulisan karya-karya Hadith dan sejarah. Umumnya, sebahagian besar kitab tafsir, juga kitab-kitab Agama mengandungi Israiliyyat. Justeru Israiliyyat mendapat laluan selesa dalam masyarakat Islam, termasuk di rantau Nusantara. Namun begitu terdapat sebahagian kitab-kitab tafsir lebih berminat mengambil sikap 'berdiam diri dari menyentuh cerita-cerita Israiliyyat. Tulisan ini cuba meninjau dan membuat perbandingan terhadap manhaj atan pendekatan dua buah karya tafsir yang utama di Nusantara iaitu Tafsir Pimpinan Ar-Rahman dan Al-Qur'an Dan Terjemahnya dalam berinteraksi dan menangani isu Israiliyyat ini.

Downloads

Published

2020-12-22

How to Cite

Bin Abdullah, A. N. . (2020). Manhaj Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Dan Al-Qur’an Dan Terjemahnya Dalam Pentafsiran Ayat-Ayat Al-Qasas: Kajian Perbandingan Dari Sudut Pengambilan Israiliyyat. Jurnal KIAS, 4(1), 96 - 117. Retrieved from https://ejournals.kias.edu.my/index.php/jurnalkias/article/view/63

Issue

Section

Articles