Falsafah Siasah "Membangun Bersama Islam" dan Kesannya Kepada Kemantapan Kerajaan Kelantan
Abstract
Persoalan politik dan keislaman di Malaysia telah menarik perhatian banyak pihak apabila Parti Islam SeMalaysia (PAS) melakukan berbagai pendekatan baru dalam pelaksanaan agenda keislaman dalam pentadbiran Kerajaan Kelantan bermula tahun 1990. Gabungan parti politik yang terdiri daripada PAS, Parti Melayu Semangat 46 (S46) BERJASA dan HAMIM telah berjaya menguasai kerajaan Kelantan pada tahun 1990. Bermula dari saat itu banyak pendekatan baru yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri dalam usaha merealisasikan agenda keislaman mereka. Pada masa yang sama musuh politik mereka telah mengambil kesempatan menggunakan isu pembaharuan tersebut dengan sepenuhnya untuk menjatuhkan kerajaan yang baru ditubuhkan itu, kerana pelaksanaan pembaharuan itu dirasakan boleh menimbulkan Kemarahan beberapa pihak.