Sejarah Ringkas Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan Nilam Puri
Keywords:
YPTIK, Nilam Puri, Kolej Islam MalayaAbstract
Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK) yang ditubuhkan pada tahun 1965 adalah terhasil daripada hasrat masyarakat Melayu Islam di Tanah Melayu semenjak awal kurun ke-20 untuk melahirkan sebuah universiti Islam dan ianya merupakan institusi pengajian Islam kedua yang ditubuhkan selepus penubuhan Kolej Islam Malaya pada tahun 1955 yang kemudiannya dijadikan sebahagian daripada Universiti Kebangsaan Malaysia .Ia juga merupakan manifestasi yang diinisiatifkan oleh Kerajaan Kelantan dan penubuhanmya melalui Enakmen Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan 9/1968. Pengajian di YPTIK diasaskan berdasarkan kurikulum pengajian Universiti Al-Azhar di Mesir dan mendapat pengiktirafan istimewa dari universiti itu. Ramai pelajar dari institusi ini menamatkan pengajian mereka di universiti berkenaan berdasarkan pengiktirafan itu. YPTIK telah menyediakan peluang pengajian bukan sahaja kepada pelajar tempatan malah kepada seluruh Asia Tenggara termasuk Thailand, Kemboja, Indonesia dan Brunei. Tenaga pengajar hampir keseluruhannya merupakan lepasan dari Universiti Al-Azhar. Badan tertinggi yang mengawal selia YPTIK ialah Majlis Tertinggi Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Kelantan dan seramai dua belas orang ahli dilantik oleh KDYMM Al-Sultan. Untuk menyelesaikan beberapa masalah berbangkit terutamanya pengiktirafan Kerajaan Malaysia, YPTIK diserapkan ke dalam Universiti Malaya pada tahun 1981.