Nafkah Ibu Bapa Menurut Perspektif Islam
Keywords:
Nafkah, Ibu bapa, Tanggungjawab, KeluargaAbstract
Ibu bapa adalah merupakan anugerah yang tidak ternilai kepada anak-anak. Adalah menjadi kewajipan kepada anak-anak untuk memenuhi segala hak dan tanggungjawab yang wajib ditunaikan sama ada pertuturan mahupun perbuatan termasuklah pembiayaan nafkah kepada mereka. Tindakan mengabaikan nafkah pasti akan mengundang kemurkaan daripada Allah S.WT Berdasarkan kajian yang dijalankan, objektif utama ialah menjelaskan kedudukan nafkah ibu bapa menurut Islam. Kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan tanpa melibatkan kajian secara lapangan. Hasil kajian mendapati kewajipan membiayai nafkah ihu bapa adalah kewajipan bersandarkan kepada syarak. Walau bugaimanapun, kewajipan ini tertakluk kepada dua syarat iaitu ibu bapa adalah dalam kalangan fakir serta anak-anak hendaklalh berkemampuan. Sekiranya tidak menepati svarat tersebut, Islam menyediakan alternatif bantuan kepada ibu bapa melalui harta pusaka, wakaf, baitulmal, zakat dan sedekah.