Kelahiran Liberalisme, Doktrin Dan Keracunannya
Keywords:
Libralisme, Islam Liberal, Doktrin, KeracunannyaAbstract
Liberalisme memiliki konsep, sejarah kelahiran dan doktrinnya yang tersendiri. Kebelakangan ini, masyarakat Islam telah disogok dengan doktrin liberalisme melalui pelbagai isu dan pendekatan. Kajian kualitatif sepenuhnya ini bertujuan untuk mengenal pasti konsep liberalisme, sejarah kelahiran, doktrin dan keracunannya terhadap kehidupan manusia sejagat. Kajian ini mendapati doktrin liberalisme sangat membahayakan kerana ia bertujuan untuk melahirkan generasi manusia yang berfikiran bebas (free thinkers), hidup tanpa agama, mempertuhankan rasional dan hawa nafsu serta lebih mementingkan individu berbanding masyarakat dan negara. la bukan sahaja bercanggah dengan wahyu bahkan berlawanan dengan fitrah dan sibghah (celupan agama) Allah SWT, pertimbangan akal yang waras, realiti dan peruntukan undang-undang .