Kumpulan Kerja Menurut Perspektif Islam: Konsep Dan Senarionya

Authors

  • Razali b. Mat Zin Universiti Raja Fahd Arab Saudi
  • Ahmad Mujahideen b. Haji Yusoff Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)
  • Adnin Nadwa bt. Che Razali Sekolah Rendah Agama Tengku Amalin 'Aisyah Puteri

Keywords:

Kumpulan Kerja, Perspektif Islam, Konsep, Senario

Abstract

Dalam menjalankan proses sesebuah pekerjaan memerlukan sebuah kumpulan kerja yang efektif dan efisen serta mempunyai konsepnya yang sofisikated untuk mencapai kemajuan dan keberkesanan pada masa hadapan. Namun begitu, setiap konsep kumpulan kerja adalah berbeza dan mempunyai senarionya yang pelbagai dalam usaha mencapai matlamat dan sasarannya. Oleh itu, objektif artikel ini ialah menjelaskan konsep kumpulan kerja yang seharusnya dimiliki dalam sebuah kumpulan kerja menurut perspektif Islam. Selain itu, artikel ini juga menerangkan secara ringkas tentang senario yang berlaku dalam kumpulan kerja. Artikel ini merupakan sebuah kajian kualitatif sepenulnya yang menggunakan metode pengumpulan data dan penganalisaan data. Hasil dapatan dari artikel ini ialah dapat mengetahui tentang konsep kumpulan kerja menurut perspektif Islam yang perlu wujud bagi mencapai matlamat dan sasarannya yang sebenar dalam sebuah kumpulan kerja sebagaimana yang dituntut oleh Islam dan mengembalikan senario kerja yang mengikut fitrah insaniah sepertimana yang telah diciptakan oleh Allah S.W.T bagi menjamin kenikmatan dan kesejahteraan hidup dalam kumpulan kerja.

Downloads

Published

2020-12-24

How to Cite

b. Mat Zin, R. ., b. Haji Yusoff , A. M., & bt. Che Razali, A. N. (2020). Kumpulan Kerja Menurut Perspektif Islam: Konsep Dan Senarionya. Jurnal KIAS, 13(1), 52 - 66. Retrieved from https://ejournals.kias.edu.my/index.php/jurnalkias/article/view/151