Takaful: Analisis Ke Atas Konsep Al-Iltizam Bi Al- Tabarru'
Keywords:
Takaful, al-iltizam bi al-tabarru', insuransAbstract
Takaful merupakan alternatif bagi menggantikan insurans konvensional yang telalh difatwakan haram. Walaupun umumnya kebanyakan sarjana moden meletakkan konsep tabarru' atau al-iltizām bi al-tabarru' (komitmen untuk saling menderma) sebagai teras kepada amalam takaful, namun ia masih tidak selamat daripada pelbagai kritikan, kerana hadirnya unsur "saya bertabarru' kepada kamu dengan syarat kamu bertabarru' kembali kepada saya" di dalam takaful. Persoalan yang dilontarkan, adakah takaful dengan sifat sedemikian masih boleh dihukumkan sebagai akad tabarru', kerana pada zahirnya sesuatu tabarru' yang dibalas dengan tabarru' lain tidak lagi kekal sebagi tabarru' tetapi akan bertukar menjadi mu'āwadah? Kesannya, takaful hampir tidak boleh dibezakan daripada insurans konvensional. Oleh itu, kertas kerja ini bertujuan mengupas kembali konsep al-iltizām bi al-tabarru'bagi merungkai keraguan yang timbul serta menjelaskan perbezaan di antara sistem takaful Islam dan sistem insurans konvensional. Kajian ini merupakan kajian perpustakaan metodanalisis teks. Hasil kajian mendapati bahawa akad al-iltizām bi al-tabarru' yang menjadi asas kepada takaful adalah sebuah akad tabarru' yang padanya terdapat sifat mu'āwadah. Namum, sifat mu'awadah ini bukanlah mu'āwadah yang tertakluk kepada hukum riba, serta ia tidak dirosakkan oleh unsur-unsur jahālah dan gharar, tetapi ia merupakan mu'āwadah dari jenis yang khas, yang disokong oleh dalil-dalil syarak.