Asnaf Fisabilillah Mengikut Pandangan Yusuf Al- Qaradawi: Sorotan Terhadap Buku Fiqh Al-Zakah

Authors

  • Hafizah bt. Alaidin Universiti Malaya
  • Luqman b. Hj. Abdullah Universiti Malaya

Keywords:

Fi Sabilillah, Jihad fi Sabilillah, Ayat al-Sadaqat

Abstract

Buku Fiqh al-Zakāh telah dikarang oleh Yüsuf al-Qaradawi dan terdiri daripada dua jilid. Buku ini sering dijadikan rujukan oleh masyarakat dan para ilmuan dalam perkara- perkara berkaitan zakat. Asnāf zakat (golongan yang berhak menerima zakat) fi sabilillh (di jalan Allah) telah ditafsirkan beliau sebagai jihad sepertimana maksud yang disepakati oleh kebanyakan ulama. Namun, maksud jihad yang digariskan beliau merupakan satu perluasan terlhadap makna jihad yang membawa sedikit perbezaan dari aspek pelaksanaan berbanding makna jihad yang telah digariskan oleh kebanyakan ulama yang hanya dikhususkan bagi tujuan jihad peperangan. Jadi kajian ini bertujuan mengenalpasti dalil dan kaedah yang telah digunakan beliau dalam melakukan perluasan terhadap maksud jihad tersebut dan sejauhmana perluasan tersebut dapat dilaksana. Kajian yang dijalankan oleh penulis adalah berbentuk kajian perpustakaan. Setelah disoroti pandangan beliau di dalam buku ini didapati perluasan tersebut telah berpandukan dalil yang kuat daripada al- Quran dan hadis serta konsep qiyās yang mengharuskan perluasan tersebut. Perluasan maksud jihad ini meliputi jihad ketenteraan, fikiran, pendidikan, kemasyarakatan dan sebagainya dengan mememuhi beberapa syarat utama bagi dimasukkan di dalam jihād fi sabilillāhi.Kajian merumuskan bahawa perluasan jihad ini dapat dilaksanakan di Malaysia dengan mememuhi syarat dan kriteria yang telah ditetapkan.

Downloads

Published

2020-12-24

How to Cite

bt. Alaidin, H., & b. Hj. Abdullah, . L. . (2020). Asnaf Fisabilillah Mengikut Pandangan Yusuf Al- Qaradawi: Sorotan Terhadap Buku Fiqh Al-Zakah. Jurnal KIAS, 11(1), 107 - 126. Retrieved from https://ejournals.kias.edu.my/index.php/jurnalkias/article/view/134