Kecelaruan Golongan Muslim Liberal Dalam Memahami Konsep Ijtihad Istinbati Dan Tatbiqi Dalam Islam
Keywords:
Barat , Ijtihad, Liberal, Muslim LiberalAbstract
Sejak kebelakangan ini ramai yang ingin menafsirkan Islam dan ajaran-ajarannya terutama daripada golongan liberal. Melihat kepada implikasi yang sangat bahaya kepada masyarakat terutamanya permasalahan yang berkait dengam akidah, penulis merasa terkesan dengan terjahan rasionalis Barat yang bergerak atas nama Islam umtuk menulis sebuah artikel dengan tujuan ingin memberi penjelasan tentang penyelewengan akademik golongan liberal ini akibat hanya berpandukan kepada epistermologi Barat. Metodologi yang digunakan dalam pemulisan artikel ini ialah berdasarkan kepada kaedah pengumpulan data dari pelbagai bahan rujukan bagi menjelaskan kekeliruan yang ditimbulkan oleh mereka yang bukan keahlian dalam bidang ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa golonga muslim liberal tidak memahami secara mendalam konsep ijtihad istinbātī (mengeluarkan Iukum) dan tatbīqi (pelaksanaan) dalam Islam. Hal ini menyebabkan timbul kecelaruan dalam penafsiran mereka terhadap ajaran- ajaran Islam.