Saham Wakaf Menurut Perspektif Islam; Ke Arah Pelaksanaannya Di Negeri Kelantan

Authors

  • Hamidi Bin Abdul Ghani Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)

Abstract

Artikel ini membincangkan konsep wakaf dalam Islam secara umum dan menjelaskan prinsip-prinsip fiqh muamalat yang bersifat fleksibel dari segi pelaksanaannya sehingga membolehkan kewujudan saham wakaf atau wakuf tunai. Kemunculan skim saham wakaf ini memudahkan umat Islam untuk mewakafkan harta mereka dalam bentuk tunai kerana tidak semua umat Islam mempunyai harta kekal seperti tanah, bangunan dan sebagainya. Pengumpulan dana itu akan digunakan untuk pembangunan sosio ekonomi umat Islam. Beberapa buah negeri di Malaysia telah menubuhkan skim saham wakaf ini. Penulisan ini ditulis sebagai satu cadangan kepada kerajaan negeri Kelantan yang rakyatnya diketahui kuasa beli tunai yang tinggi supaya mengubal undang-undang khas berkaitan dengan wakaf dan seterusnya menubuhkan saham wakaf Kelantan.

Downloads

Published

2013-11-01

How to Cite

Bin Abdul Ghani, H. . (2013). Saham Wakaf Menurut Perspektif Islam; Ke Arah Pelaksanaannya Di Negeri Kelantan. Jurnal KIAS, 8(1), 229 - 254. Retrieved from https://ejournals.kias.edu.my/index.php/jurnalkias/article/view/105

Issue

Section

Articles