Travelog Thaqafah Islam: Transformasi Dunia Primitif Kepada Dunia Moden
Abstract
Thaqafah Islam telah menghasilkan ledakan ilmu, maka lahirlah tamadun Islam tersebar ke seluruh dunia, tidak terkecuali di gugusan pulau Melayu. Perkembangan tamadun Islam dan perluasan empayer Islam bermula sejak zaman Rasulullah SAW berhijrah dari Mekah ke Madinah dan menubuhkan negara Islam pertama. Kemudian penyebaran Islam ke seluruh dunia oleh para sahabatnya r.a. hinggalah zaman keemasannya selepas itu. Dunia Barat seharusnya terhutang budi dengan tamadun Islam justeru kemajuan sains yang diperolehi masa kini bertolak dari penemuan-penemuan Ulama-Intelektual Islam silam. Artikal ini mengenengahkan hakikat bahawa manusia yang mampu menggunakan akal (intelek) dengan berpandukan wahyu akan berupaya menterjemahkan kebitaraan dan keindahan Islam sebagai satu cara hidup yang sempurna. Kecemerlangan Islam silam perlu ditempa kembali dengan membina tasawwur Islam yang syamil dalam segala rancangan, tindakan dan penghasilan.